Monday, October 29, 2012

Cedera Ditanduk Lembu Korban



SEORANG budak lelaki ditanduk seekor lembu di Karachi kelmarin.

KARACHI, Pakistan – Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin.
Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu.
Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih.
Pemiliknya, Abdul Quddoos berkata, lembu korban tersebut berjaya ditangkap semula dua jam selepas ia terlepas.
Sementara itu di bandar Peshawar, seekor lembu korban yang terlepas mencederakan tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun.
Seorang anggota polis, Abdul Waheed berkata, berpuluh-puluh orang mengejar lembu tersebut selama sejam sebelum ia berjaya ditangkap semula.
Di Gaza, seorang lelaki Palestin mati selepas dipijak seekor lembu korban yang terlepas di Rafah, Genting Gaza.
Seorang pegawai kesihatan, Ashraf al-Kidra berkata, kira-kira 150 orang dirawat di hospital di wilayah Palestin kerana cedera akibat terkena pisau dan ditanduk lembu korban yang terlepas di lokasi penyembelihan. – Agensi

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...