Sunday, November 4, 2012

Warga Emas Disorok Makhluk Halus

TERSELAMAT...Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Chenderoh, Datuk Siti Salmah Mat Jusak (kanan) melawat Baharom di Hospital Kuala Kangsar,


KUALA KANGSAR: Walaupun sudah ditemui dua hari lalu dalam belukar kira-kira dua kilometer dari rumahnya, namun kehilangan seorang lelaki warga emas berusia 85 tahun masih menimbulkan tanda tanya penduduk kampung yang
mengesyaki kemungkinan mangsa’`disorok’ makhluk halus.

Baharom Mohd Piah yang tidak lagi mampu berjalan dikatakan hilang dari rumahnya di Kampung Temung Hulu, di sini, sebelum ditemui penduduk kampung bersama anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang melakukan operasi besar-besaran mencarinya.
Usaha menjejaki mangsa berhasil apabila lelaki warga emas itu ditemui dalam keadaan terbaring kesejukan dan terpinga-pinga di kawasan belukar tidak jauh dari rumah seorang penduduk kampung.

Anehnya, lokasi mangsa ditemui itu sudah beberapa kali digeledah petugas JPAM, namun kelibat mangsa tidak ditemui sebelum ini.

Anak mangsa, Mohd Shabli, 59, berkata bapanya ditemui terbaring di kawasan belukar dengan badan ditutupi daun dan ranting kayu.

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...