Berikut adalah cara isi dan daftar borang Prima 1 Malaysia secara Online. Umum sudah ketahui bahawa borang Prima sudah pun boleh dipohon oleh semua pemohon yang layak. Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Berhad telah ditubuhkan selaras dengan Akta PR1MA 2012. PR1MA bertanggungjawab untuk merancang, membangun, membina dan menyenggara perumahan gaya hidup berpatutan untuk rakyat berpendapatan sederhana di kawasan bandar-bandar utama. Pendapatan sederhana didefinasikan sebagai pendapatan bulanan isi rumah (suami dan isteri) antara RM2,500 hingga RM7,500.00
Cara Daftar Borang Prima 1 Malaysia Projek Perumahan
1. Pengguna dikehendaki mendaftar terlebih dahulu sebelum membolehkan anda mengakses borang permohonan.
2. Untuk membuat pendaftaran sila layari http://www.pr1ma.my/bm/howtoapply.html
3. Sila baca syarat kelayakan terlebih dahulu dan dokumen yang diperlukan.
4. Bila sudah bersedia sila daftar akaun anda.