Mohd Fazli ketika memberi ucapan di London bulan lalu
LONDON: Seorang pelajar Felda dari Universiti Lim Kok Wing, Mohd Fazli Fadzillah, 24 yang meninggal dunia selepas berjoging pada Rabu lalu telah memberikan satu ucapan penuh emosi dalam satu majlis pada bulan lalu.
Dalam ucapannya allahyarham mengucapkan terima kasih kepada Felda kerana mengabulkan impiannya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.
Allahyarham menyampaikan ucapannya di hadapan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan serta Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad di kampus universiti berkenaan di London.
Dalam ucapannya, allahyarham berkata, “Masih segar lagi dalam ingatan saya hari bersejarah di mana saya telah dipilih antara 100 orang pelajar untuk melanjutkan pelajaran satu semester di luar negara. Sukar saya hendak mempercayainya. Sejak di sekolah menengah, saya mempunyai impian untuk menjejakkan kaki di negara ini, berjalan di kalangan warganya dan menghirup udara negara ini. Ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan. Terima kasih Felda,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh dari pelajar-pelajar lain yang datang bersama-sama dengannya untuk melanjutkan pelajaran di tahun akhir di kampus Univerisiti Lim Kok Wing di London.
Semasa ucapannya, allahyarham mengimbau kembali pada hari pertama dia tiba di London, "Malam itu sejuk, saya teringatkan cuaca panas di Malaysia, saya rindukan kampung halaman, saya rindukan ayah, saya rindukan ibu, saya rindukan rakan-rakan, asam pedas ikan pari dan keropok lekor. Tetapi ini bukan satu percutian atau berbulan madu bagi kami. Kami mempunyai satu misi, kami perlu mengharungi banyak rintangan dan bersama kami perlu berubah untuk Felda dan negara kami Malaysia."
Ucapan bersemangat dan penuh emosi itu merupakan ucapan terakhir bagi pelajar Creative Imaging dan Digital Photography dari Felda Papan Timur, Johor, yang rebah dan meninggal dunia pagi semalam ketika menghadiri program empat hari Kepimpinan Belia Felda di Chingford.
Pengarah Pendidikan Malaysia di England dan Ireland, Dr Mohd Anizu Mohd Nor yang menghadiri program berkenaan yang bermula pada Selasa lalu berkata, allahyarham Fazli telah pergi berjoging pada paginya dan kembali semula pada pukul 8 pagi sebelum rebah di dewan makan. Bagaimanapun, allahyarham pulih dan mengambil secawan kopi lalu keluar semula sebelum rebah untuk kali kedua.
"Anggota paramedik dan seorang doktor yang tiba kemudian cuba memberikan bantuan perubatan namun allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi," katanya.
Mayat mangsa telah dibawa ke pejabat koroner Essex dan Pengarah Pengembumian dari London Timur telah dihubungi bagi urusan membawa jenazah ke sebuah hospital. Mayat mangsa dijangka akan dibedah siasat sebelum dibawa pulang.
Dr Anizu juga berkata urusan untuk membawa dua orang ahli keluarga allahyarham telah dibuat dan salah seorang darinya adalah bapa allahyarham yang akan diterbangkan ke London.
Kejadian itu telah mengejutkan pelajar-pelajar lain yang berada di Pusat Aktiviti Gilwell, Chingford dan ada di antara mereka yang menangis apabila mendengar berita tersebut.
Program tersebut kemudian diteruskan dengan bacaan doa untuk allahyarham Mohd Fazli.
Sumber NST 6 Dis 2012
Azim : Bersenamlah selalu dan makan oat selalu untuk jaga kesihatan jantung
semoga rohnya dicucuri rhmt :)
ReplyDeletesaya dah update :)
semoga rohnya dicucuri rhmt :)
ReplyDeletesaya dah update :)