Kisah Seekor Kucing Jalanan Bernama BOB


 Kisah Kucing Jalanan yang bernama BOB
Kisahnya unik mengenai 2 sahabat yang begitu menyentuh hati sesiapa yang mengetahui kisah mereka. Disini jelas menceritakan bagaimana seekor kucing “menyelamatkan” hidup tuannya setelah diselamatkan. Bukan itu sahaja, kucing ini memberi kesetiaan tidak berbelah bahagi dan juga tuah rezeki kepada tuannya
Pada awalnya, James hidup dalam keadaan kucar-kacir dan keadaan ini banyak mempengaruhi hidupnya. Ibu dan bapanya bercerai sejak kecil. Ibunya seorang wanita yang bekerjaya, berkahwin sekali lagi dan mereka berpindah dari England ke Australia. Sejak itu James banyak berpindah sekolah dan menyebabkannya bermasalah untuk menyesuaikan diri dengan budak-budak lain. Dia dikenalpasti sebagai kanak-kanak yang bermasalah dan mengidap “ADHD”, “schizophrenia” dan “manic depression”.
bob2 Kisah Kucing Jalanan yang bernama BOB
James akhirnya kembali ke England kerana tidak begitu menyukai bapa tirinya. Kemudian dia tinggal bersama kakak dan suaminya. Malangnya, ia tidak lama, dia dihalau keluar dan tinggal dijalanan.
James memulakan hidupnya dijalanan hampir 10 tahun dengan menjual surat khabar. Dia banyak menghabiskan masa di tinggal rumah kebajikan dan akhirnya terlibat dengan dadah. Nasibnya baik kerana bertemu dengan ‘Belle’ yang juga merupakan bekas penagih dadah dan membantu james mengatasi ketagihannya.
bob3 Kisah Kucing Jalanan yang bernama BOB
bob4 Kisah Kucing Jalanan yang bernama BOB
bob5 Kisah Kucing Jalanan yang bernama BOB
bob6 Kisah Kucing Jalanan yang bernama BOB
Suatu hari, apabila James membuka pintu, dia terjumpa dengan seekor kucing (BOB) yang cedera, dan kelaparan. James pada sebelum ini hanya memikirkan tentang dirinya membuat keputusan untuk merawat kucing tersebut sehingga pulih. Kemudian dia cuba melepaskan kucing tersebut namun, Bob mengekorinya kemana sahaja dengan setia.
Apabila Bob disisinya, James mendapat perhatian ramai. Mereka menjadi begitu popular di internet sehinggalah James menerbitkan buku mengenai kisah mereka iaituA Street Cat Named Bob: How One Man and His Cat Found Hope on the Streets by James Bowen
Hidup James menjadi begitu bermakna dengan kehadiran Bob kerana sebelum ini dia tidak dihargai dan dia bukanlah sesiapa. Kini, bukunya antara yang terlaris dan menjadi contoh kepada para pencinta haiwan.
bob7 Kisah Kucing Jalanan yang bernama BOB
bob8 Kisah Kucing Jalanan yang bernama BOB
image0014 Kisah Kucing Jalanan yang bernama BOB
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post