"Mana yang lebih dulu, ayam atau telur?" sudah jadi soalan yang paling falsafah mahupun ilmiah selama berabad-abad. Kini, jawapannya sudah sedia. Para saintis mendakwa telah memecahkan teka-teki tersebut. Jawapannya, kata mereka, adalah ayam.
Seperti dilaporkan Mailonline, para penyelidik mendapati pembentukan kulit telur bergantung satu protein yang hanya ditemui di indung telur ayam. Ertinya, telur hanya boleh ada jika berada di dalam ayam. Protein yang disebut ovocledidin-17 (OC-17) bertindak sebagai katalis untuk mempercepat pembangunan kulit telur itu.
Cengkerang keras penting sebagai tempat bagi kuning dan putih telur. Para saintis dari universiti di Sheffield dan Warwick menggunakan super komputer untuk men-'zoom in' pembentukan telur. Komputer yang disebut HECTOR itu mendedahkan OC-17 penting dalam memulakan kristalisasi atau tahap awal penciptaan kulit telur.
Protein tersebut mengubah kalsium karbonat menjadi kristal kalsit yang membentuk kulit telur. Kalsit kristal ada di berbagai tulang dan tempurung tetapi mereka terbentuk lebih cepat di dalam ayam. Unggas itu mampu menghasilkan enam gram kulit telur setiap 24 jam.
"Selama ini orang mengira yang lebih dulu ada adalah telur, tapi kini kita punya bukti saintifik yang menunjukkan sebenarnya ayam yang lebih dulu ada," kata Dr Colin Freeman, dari Jabatan Teknik Material Universiti Sheffield sambil menambah, "Ternyata, dengan memeriksanya secara jeli kita boleh melihat bagaimana protein itu mengendalikan proses pembentukan kulit telur. "
Profesor John Harding, dari jurusan yang sama di Sheffield, mengatakan penemuan itu boleh berguna untuk hal lain. "Memahami cara ayam membuat kulit telur dapat memberi petunjuk menuju rancangan baru mahupun bahan baru," katanya. Penemuan itu diterbitkan dalam makalah "Structural Control Of Crystal Nuclei By An Eggshell Protein".
ayam...hehe
ReplyDelete