Semak Keputusan SPM 2012 Online dan SMS


Cara Semak Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac 2013
Cara Semak Keputusan SPM 2012 Pada 21 Mac 2013
Cara Semakan Keputusan SPM 2012 Online & SMS – 20 Mac 2013 | Nampaknya dah tak lama keputusan SPM tahun 2012 akan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Seperti yang diberitahu sebelum ini dalam artikel Tarikh Keputusan SPM 2012, pada 21 Mac 2013 ini bermula jam 10.00 pagi dan akan ditamatkan pada 11.59 malam, 27 Mac 2013.
Seperti yang kita ketahui, zaman yang semakin moden ketika ini akan memudahkan lagi para pelajar dan juga ibu bapa untuk membuat semakan mengenai keputusan SPM tanpa perlu beratur panjang di sekolah. Perkhidmatan semakan secara online dan SMS memberi kelebihan kepada para pelajar terutamanya pelajar yang tinggal berjauhan dari sekolah.Jadi, bagi memudahkan para pelajar, ibu bapa dan juga guru-guru Menyemak Result SPM 2012, kami menyediakan langkah-langkah untuk membuat semakan secara online dan SMS.
Semak Keputusan SPM 2012 Secara Online
  1. Masuk ke laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, kemudian tekan pada semakan ibubapa di sebelah kiri laman tersebut.
  2. Gambar seperti dibawah ini akan keluar dan isikan maklumat yang diperlukan
Semak Keputusan SPM 2012 Secara SMS
  • Anda boleh semak keputusan SPM 2012 secara SMS dengan menaip SPM  dan hantar ke 15888.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post