Thursday, April 18, 2013

Cara Melebatkan Rambut


8 Petua Melebatkan Rambut Yang Mudah | Zaman sekarang,bagi yang pentingkan kecantikan,rambut termasuk dalam agenda penting yang perlu diberi perhatian.Salun kecantikan merupakan alternatif kepada mereka yang berduit.

Bagi golongan budget rendah,masih ada cara untuk mendapatkan rambut cantik sihat dan lebat.Sebenarnya,banyak petua warisan nenek moyang yang boleh dicuba .Selain murah,risiko terdedah kepada bahaya penggunaan bahan kimia terlarang juga hampir tiada langsung.


8 Petua Melebatkan Rambut Yang Mudah

a) Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus.Biarkan semalaman,barulah lumur di rambut selama 15-30 minit.Amalkan tiga kali seminggu.

b) Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda,ramas ke dalam semangkuk air.Biarkan sehingga lendirnya keluar.Kemudian sapukan pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit.Bersihkan rambut dengan air sejuk.Amalkan dua hari sekali.

c) Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan pada rambut.Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih.Ulangi selalu dan lihat hasilnya.

d) Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai daun pandan.Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.

e) Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala ataupun jika tiada,bolehlah gantikan dengan santan segar.Satu lagi cara ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras.Setelah cukup garing,sejukkan dan kisar halus.Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai tonik rambut.Sapukan pada seluruh kepala,biarkan semalaman dan bilas.

f) Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur.Kemudian,masukkan sedikit air dan perah.Sediakan semangkuk santan dan campurkan dengan pandan tadi.Kacau rata dan simpan semalaman.Keesokan harinya,sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam.Bilas rambut dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.

g) Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat.Perahkan airnya dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa.Lumurkan pada rambut.Biarkan beberapa minit.Kemudian bilas dengan air suam.

h) Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih.Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu,sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama satu jam.Kemudian baru dicuci.Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.Lihat hasilnya.

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...