Sumpah Saiful Bukhari Depan Kaabah


Ketika tinggal hanya beberapa hari lagi menjelang hari mengundi Ahad ini, pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan mendedahkan video sumpah laknat keduanya yang dibuatnya di Mekah berhubung dakwaannya yang dia diliwat oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
saiful bukhari
Bekas pembantu Anwar itu, yang membuat sumpah laknat pertamanya di sebuah masjid di Kuala Lumpur pada tahun 2008, berkata dia membuat sumpah laknat kedua itu semasa mengerjakan Umrah di Mekah pada 9 April 2012.
Dia berharap video tersebut akan “membersihkan” namanya dan keluarganya selepas bapanya Azlan Mohd Lazim semalam menarik balik permohonan maafnya kepada Anwar berhubung tuduhan liwat itu.
Azlan sebelum ini berkata tuduhan liwat itu adalah satu konspirasi politik, tetapi telah dinafikan oleh Saiful.
Saiful berkata beliau berharap sumpah laknat kedua yang dibuatnya di Masjidil Haram di Mekah akan mengurangkan keraguan mengenai kesahihan dakwaannya itu.
Anwar telah dibebaskan daripada tuduhan meliwat Saiful di kondominium Desa Damansara antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.
Dalam penghakiman bertulisnya, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, adalah tidak selamat untuk menerima bukti DNA dalam perbicaraan itu dan oleh itu mahkamah tidak boleh menyokong keterangan Saiful berhubung dakwaan kejadian itu. Mkini
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post