Carta Aliran
Mengikut Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah, apabila pengaduan atau repot dibuat kepada seorang Ketua Polis Balai (KPB) berkenaan kejadian sesuatu kesalahan, KPB itu atau pun pegawai polis lain di bawah arahannya hendaklah menulis maklumat itu dan setelah menulis hendaklah dibaca semula kepada pengadu. Setiap pengaduan hendaklah ditulis dalam buku laporan yang disimpan oleh KPB dan hendaklah ditulis tarikh dan waktu aduan dibuat, samada diberi dengan tulisan atau percakapan. Setelah menulis pengaduan itu dikehendaki ditandatangan oleh pemberinya atau pengadu.
Bagaimana?
Pengaduan boleh dibuat melalui dua cara, iaitu :
Pengaduan boleh dibuat secara lisan dan ditulis oleh anggota polis yang menerima pengaduan.
Pengadu menulis sendiri aduannya dalam borang Pol. 55
Pengaduan boleh dibuat di mana-mana balai polis, walaupun kejadian berlaku diluar kawasan balai berkenaan (termasuk kes Trafik).
Menulis sendiri repot
Borang Pol. 55 boleh didapati secara percuma daripada anggota polis yang bertugas di pejabat atau kaunter pertanyaan di mana-mana balai. Setiap pengaduan hendaklah ditulis dengan menggunakan pen dakwat, supaya tidak boleh dipadam, dengan mengambil kira perkara-perkara berikut :
- Tulis nama(seperti dalam kad pengenalan) dengan betul.
- Tulis nombor kad pengenalan selepas nama anda.
- Isikan butir-butir lain dalam borang berkenaan iaitu jantina,umur, keturunan,bahasa, pekerjaan dan tempat tinggal (nombor telefon jika ada)
- Gunakan bahasa yang mudah dan tepat semasa menulis laporan.
- Tulis dengan terang, jelas dan boleh dibaca.
- Tandatangani pengaduan yang ditulis.
- Tulis pengaduan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Ingggeris sahaja (pengaduan dalam bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan).
- Pengadu berhak mendapat salinan pengaduan yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah dengan bayaran minima sebanyak RM2.00.
Fakta-fakta diperlukan dalam repot
Sesuatu pengaduan hendaklah padat dan lengkap. Di antara fakta-fakta penting yang diperlukan ialah:
- Apa - Kes/kejadian yang hendak dilaporkan (misalnya kecurian, pembunuhan dan sebagainya).
- Bila - Nyatakan tarikh dan masa berlakunya kejadian itu.
- Di mana - Nyatakan tempat/lokasi berlakunya kejadian. Nama bandar, kampung, jalan dan nombor rumah.
- Siapa - Nyatakan butir-butir orang terlibat atau disyaki sekiranya ada saksi yang melihat dan sebagainya. Adakah mereka dikenali atau tidak.
- Bagaimana - Nyatakan cara atau bagaimana kes itu berlaku/cara jenayah itu dilakukan. Misalnya bagaimana cara pencuri memasuki rumah.
- Akibat - Kerosakan, kerugian, kecederaan yang dialami (anggaran harga/kos).
Cara membuat repot kemalangan jalanraya
Pengaduan kemalangan jalan raya merangkumi tiga peringkat atau proses. Peringkat I merupakan peringkat di mana pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan tersebut tampil membuat pengaduan polis. Peringkat II melibatkan siasatan pihak polis terhadap pihak-pihak terlibat serta pemeriksaan terhadap kenderaan. Peringkat III merupakan peringkat penyediaan dokumen-dokumen siasatan.
PERINGKAT 1
Mengikut peruntukan seksyen 52 Akta Pergankutan Jalan Raya 1987, setiap kecelakaan jalan raya hendaklah dilaporkan kepada polis. Pihak yang terlibat hendaklah pergi ke balai polis untuk membuat pengaduan samada dengan menulis sendiri atau melalui anggota polis yang bertugas di Pejabat Pertanyaan. Selain itu, pihak yang terlibat boleh menghubungi balai polis melalui telefon mengenai kecelakaan yang berlaku dan anggota polis yang bertugas mencatatkan segala maklumat yang diberikan. Dalam pengaduan tersebut, pihak yang terlibat hendaklah menuliskan senario kejadian yang berlaku pada sekeping kertas dan menyerahkan sendiri di balai polis untuk dijadikan laporan polis.
Maklumat-maklumat yang perlu diambil kira semasa membuat pengaduan polis adalah seperti berikut :
- Tarikh, masa dan tempat kejadian (tanda-tanda nyata atau "landmark" boleh digunakan bagi menggambarkan tempat kejadian).
- Pihak-pihak yang terlibat (catatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan).
- Kenderaan, mangsa yang terlibat (termasuk kematian) dan kerosakan kenderaan atau harta awam.
- Maklumat-maklumat yang diperolehi hasil pengamatan kelima-lima pacaindera pengadu sebelum, semasa dan selepas kejadian. (Jangan sama sekali membuat andaian).
PERINGKAT II CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Setelah laporan dibuat pengadu akan dirujuk kepada pegawai penyiasat kes trafik. Siasatan awal dilakukan dengan merakam percakapan, pengecam tempat kejadian, pemeriksaan teliti kenderaan yang terlibat dan mengklasifikasikan kes mengikut undang-undang. Klasifikasi kes bergantung kepada keterangan fakta dan data-data yang dikumpul semasa siasatan.
Refer to Insurance
Bagi kes kenderaan kecil, tidak melibatkan kematian atau kecederaan serta kerosakan kecil ke atas kenderaan yang terlibat, pegawai penyiasat berpendapat siasatan lanjut tidak perlu, maka kes tersebut diklasifikasikan sebagai "RTI - Refer To Insurance" dan pengadu boleh membuat tuntutan sivil.
Siasatan lanjut - kertas siasatan dibuka
Bagi kes kecelakan yang serius, siasatan terperinci akan dilakukan dan kertas siasatan akan dibuka. Setelah segala keterangan serta data-data kecederaan tersebut diperolehi, pihak yang bersalah akan ditetapkan untuk didakwa.
Mengkompaun kesalahan CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, satu notis saman akan dikeluarkan ke atas pesalah yang terlibat. Bayaran kompaun boleh dibuat dikaunter Trafik C.O.P.S - Compound On Line Payment System.
Hadir Mahkamah
Jika tidak membayar kompaun, pesalah hendaklah hadir di mahkamah pada tarikh yang dinyatakan dalam notis saman.
Nota: Mengikut Seksyen 104 Akta Pengangkutan Jalan 1987 setiap kes kemalangan jalan raya samada serius atau tidak, adalah menjadi tanggungjawab pengadu untuk memaklumkan kejadian tersebut kepada syarikat insurannya bagi membolehkan suatu tuntutan di buat di bawah sesuatu polisi.
PERINGKAT III
Salinan pengaduan boleh dibeli pada kadar yang ditetapkan sejurus pengaduan dibuat atau tidak lewat daripada tiga (3) hari dari tarikh pengaduan. Bagi dokumen-dokumen lain siasatan seperti gambar, rajah kasar dan salinan rakaman percakapan, pembekalannya bergantung kepada status siasatan dan bantuan logistik. Sebarang pertanyaan boleh dibuat kepada daerah polis di mana siasatan kes itu dijalankan.
Contoh repot kes jenayah
Pada 1.1.2000, jam 12 tengah malam, tiga orang yang tidak saya kenali telah menyerbu ke dalam rumah saya menerusi pintu hadapan. Mereka menutup muka dengan stokin wanita. Salah seorang bersenjata seperti pistol sementara yang dua orang lagi bersenjata pisau. Mereka merompak harta benda saya iaitu sebuah kamera, tiga rantai emas dan wang tunai berjumlah RM10,000. Merka juga melarikan kereta saya jenis KIA nombor pendaftaran CUR 54 berwarna biru. Saya tidak dapat mengecam mereka. Sebaik sahaja kejadian itu saya membuat aduan kepada balai polis.
Contoh repot kemalangan jalanraya
Pada 2.2.2000, Jam 3.00 petang ketika saya sedang memandu kereta saya Proton Putra warna merah nombor pendaftaran MAL 2345 di Jalan Merdeka, Kuala Lumpur, sebuah kereta jenis Toyota warna hijau nombor pendaftaran AB 7378 yang datang daripada depan secara tiba-tiba memotong sebuah kereta lain, telah melanggar kereta saya daripada hadapan. Kereta saya megalami kerosakan dan saya turut tercedera dibahagian kepala. Inilah pengaduan saya.
Sumber: http://www.rmp.gov.my/
info berguna nih..thanks!!
ReplyDelete