Cara Mudah Hilangkan Kesan Tar Pada Kereta Guna Mentega Kacang

Hi semua. Kali ini saya nak share cara mudah untuk hilangkan kesan tar pada kereta.  



Apabila korang melalui jalan yang baru dibina pasti ada kesan tar yang melekat pada kereta korang. Memang susah nak hilang lebih-lebih lagi bila kesan tar kena pada kereta putih. Kalau nak hilangkan kesan tar tu mana boleh basuh macam tu je, gosok dengan wax atau kain atau sabun pun takkan hilang punya. Kalau nak hilangkan kena beli tar remover harga dekat puluh-puluh ringgit jugak. Jadi cara mudah korang boleh guna mentega kacang (peanut butter). 



Ala mentega kacang yang makan ngan roti tu. Tak kira jenama apa tapi pastikan beli yang hancur sebab senang nak sapu pada kereta tu. Sapu pada kesan tar tu kemudian selepas 2 minit sapu dengan kain dan kesan tar tu akan hilang. Tak perlu beli tar remover mahal-mahal. Mudah bukan? Selamat mencuba..





Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post