Empat Maut Kereta Kelisa Dihempap Runtuhan Jambatan Kedua Pulau Pinang | Anggota bomba dan penyelamat meneruskan kerja untuk mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam runtuhan struktur penyambung antara Jambatan Kedua Pulau Pinang dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di Batu Maung, dekat sini.
Mangsa yang menaiki kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa maut selepas dihempap runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung dalam kejadian petang semalam.
Keadaan sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Kelisa remuk selepas dihempap runtuhan struktur Jambatan Kedua Pulau Pinang di Jalan Batu Maung dalam kejadian petang semalam.
Polis mengesahkan empat mangsa yang menaiki kereta jenis Perodua Kelisa maut dihempap runtuhan sebahagian rangka susur masuk Jambatan Kedua Pulau Pinang di sini, semalam.
Sehingga jam 5.30 pagi tadi, mangsa yang disahkan terperangkap dalam sebuah kereta dipercayai Perodua Kelisa masih belum dapat dikeluarkan dari runtuhan terbabit.
Ia kerana anggota bomba dan penyelamat menghadapi kesukaran untuk mengalihkan bebanan seberat kira-kira 200 tan yang menghempap kawasan jalan raya sepanjang 50 meter.
Kren seberat 300 tan yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 11.30 malam semalam digunakan dalam operasi yang diserta 110 anggota bomba dan penyelamat itu.
- Berita Harian
Innalillah, sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa.