Gambar Jambatan Pulau Pinang Runtuh

Gambar Jambatan Pulau Pinang Runtuh. Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi.

Runtuhan yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikuatiri menghimpap beberapa kenderaan yang sedang melalui jalan berkenaan.

Anggota keselamatan sedang giat menjalan pemeriksaan untuk mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat.

Runtuhan itu juga mengakibatkan laluan berkenaan ditutup untuk semua kenderaan.




IMG-20130606-WA0006.jpg

IMG-20130606-WA0005.jpg

IMG-20130606-WA0002.jpg

IMG-20130606-WA0003.jpg



Susur Jambatan Kedua runtuh: 4 dikhuatiri maut

PULAU PINANG 6 Jun - Empat maut selepas tanjak penyambung jalan sepanjang kira-kira 50 meter di susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu menghala ke Batu Maung di sini, runtuh dan menghempap sebuah kereta kira-kira pukul 7.15 malam ini.

Menurut jurucakap Jambatan Kedua Pulau Pinang Sdn. Bhd. (JKSB), runtuhan berkenaan adalah sebahagian daripada tanjak atau `ramp' di bawah kerja-kerja pembinaan dalam pakej 3A yang giat dijalankan.

Kejadian itu menyebabkan sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut telah ditimpa runtuhan besi dan konkrit binaan jambatan berkenaan dari ketinggian 30 meter.

Sehingga pukul 11 malam ini, belum dapat disahkan jumlah mangsa yang terperangkap dalam kejadian berkenaan

PEMILIK KERETA YANG TERPERANGKAP DI DALAM RUNTUHAN DIKENAL PASTI


George Town, 7 Jun - Polis mengenal pasti pemilik kereta jenis Perodua Kelisa yang terperangkap di dalam runtuhan akibat dihempap oleh tanjakan konkrit susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang di Batu Maung di sini sebagai Rohaizad Md Sofar. 


Jurucakap polis berkata bagaimanapun polis tidak dapat mengesahkan sama ada Rohaizad, 43, yang beralamat di Sungai Dua, Gelugor di sini, adalah mangsa yang masih tersepit di dalam kenderaan itu.

"Kita meminta kerjasama semua pihak yang mengenali pemilik kenderaan itu untuk membantu siasatan bagi mengenal pasti mangsa," katanya.

so, hanya pemilik kereta kelisa itu sahaja yang dikenalpasti, tp still not sure siapa yg berada didalam kereta kelisa tu
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post