Friday, July 26, 2013

Fakta dan Auta Tentang Puasa

Assalamualaikum...

Berapa hari puasa? Tak ingat. Tapi tau je berapa hari lagi nak raya. Keji sangat. Ahahaha...

Hari ni nak share sikit info berkenaan fakta dan auta tentang puasa. Jadi kalau ada yang konfius, bolehlah rujuk di sini.

1. Mandi ketika berpuasa untuk menyegarka
n badan.

Auta:
 Mandi ketika puasa adalah makruh.

Fakta:
 Tidak benar, bahkan mandi ketika berpuasa adalah HARUS. Rasulullah sendiri pernah mencurahkan air ke atas kepala Baginda disebabkan dahaga atau panas.

Kata aku
: Dulu pernah ada orang kata ia makruh sebab air mandi kita tu boleh masuk ke liang-liang roma kita, menyebabkan ia makruh. Wah... kalau camtu aku lurut je lengan aku, mencucurlah air keluar. Haha...

Caye panas laa...

2. Korek hidung, telinga atau rongga-rongga
 yang berlubang.

Auta: Memasukkan apa saja benda ke dalam rongga yang berlubang adalah membatalkan puasa.

Fakta:
 Tidak ada dalil yang menunjukkan hukum sedemikian rupa. Sedangkan yang benar ialah perkara yang membatalkan puasa hanyalah berlegar antara tiga perkara; makan, minum, dan bersetubuh.

Kata aku
: Baru tau. So lepas ni tiada masalah untuk korek hidung anda masa puasa. Dan lepas ni tiadalah orang yang terdesak nak berbuka kerana makanan tak de lepas tu korek hidung sebagai pengganti buka puasa. Sengal~
Koyek idong tak batal poce. Weekkk... :P
3. Penetapan waktu imsak iaitu kira-kira 5 hingga 10 minit sebelum masuk waktu Subuh.

Auta:
 Wajib atau sunat untuk berhenti makan dan minum sebelum masuk waktu imsak sebagai langkah berjaga-jaga.

Fakta:
 Menetapkan waktu imsak 5 atau 10 minit sebelum masuknya waktu Subuh adalah satu ketetapan yang tidak ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah yang sahih, malah ia menjauhi tuntutan sunnah untuk mengakhirkan waktu sahur. Alasan “berhati-hati” adalah tidak perlu kerana kita dibolehkan makan dan minum sehingga jelas masuknya waktu Subuh.

Kata aku
: Makanlah selagi boleh. Haha~
Ngantok lagi... 5 minit cebeyom cahur caye angun...

4. Makanan yang disunnahkan berbuka dengannya.

Auta:
 Disunnahkan makan benda-benda manis atau buah-buahan tempatan.

Fakta:
 Disunnahkan berbuka puasa dengan rutab, tamar atau air. 

Kata aku
: Air dulu aku terkam. Haus... hehe..
Penat la poce.... nak air je.
5. Merasai makanan dengan lidah.

Auta: 
Batal puasa bagi orang yang merasai makanan dengan lidah kerana hal itu seperti dia memakan makanan itu, tiada bezanya.

Fakta:
 Merasai makan adalah dibolehkan dengan syarat selagi mana tidak sampai memasuki tenggorokan (tekak dan salur makanan).

Kate aku
: Jangan ada yang guna point ni buat alasan... Haha...

mama macak cedap tak buke nanti???

6. Memasuki waktu subuh dalam keadaan berjunub.


Auta: Seseorang yang berjunub saat masuknya waktu subuh dikira terbatal puasanya.

Fakta: 
Hal ini pernah berlaku kepada Rasulullah shallahu’alaihi wasallam, sedangkan baginda kemudiannya mandi, bersolat dan meneruskan puasa seperti biasa.

Kata aku: Manalah tau kan tengah-tengah bulan puasa pulak kita mimpi basah... Tak bangun sahur pulak. Bangun-bangun je matahari dah atas kepala. Jadi jangan risau la.
Ni bukan mimpi basah... ni terkencing sampai basah. Haha...
7. Bolehkah bercumbu-cumbuan dengan isteri ketika puasa?

Auta: Tidak boleh, batal sekiranya bercumbu. Bukankah bulan puasa bulan menahan syahwat?!

Fakta: Hal ini mempunyai hukum yang berbeza-beza mengikut tahap kemampuan masing-masing. Bagi yang dapat mengawal gelojak nafsu agar dengan cumbuan itu tidak menjurus kepada persetubuhan, maka dipersilakan. Tapi, buat yang tidak mampu, maka dia dimakruhkan sama sekali.

Kata aku: Bulan Ramadhan jugak kau pilih nak bercium. Bulan lain tak nak pulak??
Caye nak tanah... nak camak.... euuu
8. Menggosok gigi ketika sedang berpuasa.

Auta: Boleh menyebabkan batal atau kurang pahala puasa. Ditakuti tertelan ubat gigi berperisa strawberi.

Fakta:
 Tidak mengapa menggosok gigi bahkan digalakkan. Lagipun Islam adalah agama yang mementingkan kebersihan, sedangkan gigi yang kuning melambangkan empunya diri yang kurang menjaga kebersihan.

Kata aku
: Takut tertelan ubat gigi rasa strawberi? Ooo... perisa lain tak batal la ye? Ngeng... haha...
gocok gigi, muyut caye wangi...
9. Lafaz niat puasa.

Auta:
 Wajib untuk melafazkan niat puasa iaitu “nawaitu shauma qhadin…”. Bagi yang tidak melafazkannya, maka puasanya tidak dikira kerana setiap perkara dimulakan dengan niat.

Fakta: Tiada lafaz niat puasa, ini hanyalah bid’ah yang diada-adakan. Bahkan niat itu tempatnya di hati. Sesiapa saja yang terlintas di hatinya bahawa dia akan berpuasa pada bulan Ramadhan, maka itu sudah cukup baginya.

Kata aku
: Ye ke? Aku pun ragu-ragu. Baca je lah niat...

Cahaje aku poce...

10. Tidur ketika sedang berpuasa.


Auta: Tidur orang puasa adalah ibadat.

Fakta: Memang benar terdapat hadith yang menyebut bahawa tidur orang yang berpuasa adalah ibadat. Namun, tiada satupun daripadanya yang sahih dan dapat dijadikan hujah.

Kata aku: Jangan tidur lama-lama. Baik tak payah puasa macam tu.

Dari sumber yang boleh dipercayai

Itulah sedikit sebanyak tentang fakta dan auta ketika berpuasa. Mudah-mudahan puasa kita mendapat keberkatan ALLAH...

~nak pergi bazaar~

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...