Apa pendapat anda melihat gambar diatas? palsu atau besar
Gambar diatas menunjukkan wajah Osama Bin Laden yang telah mati dibunuh disiar di televisyen Pakistan dan di ambil oleh Akhbar berbahasa inggeris.
Ini adalah satu lagi konspirasi dan permainan Amarika untuk umat Islam untuk sedar dari tidur bahawa kita sebenarnya bukan dalam keadaan zon yang selesa.
Tegasnya, mungkin tujuan sebenar ialah untuk melihat pergolakan terus berlaku supaya negara Islam tidak stabil, segala sumber ekonomi dan sumber tenaga manusia menjadi sesia serta tidak menyumbang kepada prestasi ekonomi. Wallahu’alam.
Inilah resipi kelumpuhan seperti yang berlaku di dunia Arab sekarang!
Berita kematian Osama juga disahkan sendiri secara terbuka oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama dan juga Senior U.S. Official kepada CNN – Sumber
Saya masih tercari-cari kesahihan kematian osama bin laden ini. Kalau sesiapa ada kongsikan bersama saya.
Kita harus menolak rancangan ini dan perlu sedar, ada pakatan jahat yang sedang dirancang bagi menghapuskan keharmonian dan kemampanan ekonomi yang sedang dikecapi kini.
Kalau ada pepatah Melayu yang berbunyi `kalau tiada angin masakan dahan bergoyang’.
Nak tahu maklumat lanjut cari di blog kawan-kawan dan kongsikan bersam saya sebarang maklumat terbaru untuk info bersama.
Ingatlah! Sedahsyat atau sehebat mana konspirasi musuh-musuh Allah, akhirnya yang menang adalah Allah s.w.t kerana tiada siapa mampu mengatasi perancanganNya.
shakshaf : kata seorang sahabat ” Obama kena ‘sumpah laknat’ untuk membuktikan yang memang mereka bunuh Osama. Baru dunia boleh percaya”.
Tags:
Dunia