Dengan terbinanya satu kilang memproses ‘rare earth’ di Kuantan, Pahang hujung tahun ini, maka rakyat Malaysia akan terdedah sepenuhnya dengan 20,000 tan metrik radioaktif setahun.
Syarikat proksi Rothschild iaitu Lynas Corporation dari Australia telah diberi kebenaran oleh kerajaan negeri Pahang untuk membina kilang memproses ‘rare earth’ di kawasan Gebeng, Kuantan sejak lebih setahun lalu.
Pencemaran teruk radio aktif boleh berlaku sekiranya kawasan tersebut (Gebeng, Kuantan) dilanda bencana alam yang tidak diduga. Sekiranya tercemar, bukan sahaja rakyat Pahang yang menerima padah tetapi One Malaysia juga akan kritikal.
(Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob)
Apakah Adnan tidak melihat berita bagaimana stesen Nuklear di Jepun yang begitu canggih boleh musnah disebabkan bencana alam. Ya, mungkin tsunami seperti di Jepun tidak akan berlaku di Malaysia, tetapi harus kita ingat ia Tsunami palsu janaan dari projek HAARP di Alaska.
Mampukah Perdana Menteri Menghalang Rothshcild?
Hari ini melalui siaran berita televisyen PM memberi jaminan bahawa pasukan siasatan akan ditubuhkan bagi menyiasat perkembangan pembinaan kilang tersebut.
Persoalannya mampukah kerajaan Malaysia menghalang proksi Rothschild dari meneruskan operasi di Gebeng, Kuantan? Blog konspirasi menyatakan YA! Kerana? Kita perlu ingat penasihat komunikasi kerajaan Malaysia ialah APCO Worldwide.
Di sini, APCO boleh berperanan sebagai orang tengah bagi mengurus kredibiliti kerajaan Malaysia dalam dua perkara iaitu mengembalikan keyakinan orang ramai kepada kerajaan persekutuan tetapi dalam masa yang sama meneruskan operasi Lynas Corporation tanpa mendapat bantahan rakyat Malaysia.
Kilang ‘Rare Earth’ Menjana Radioaktif
Berita Bernama mempersoalkan Lynas Corporation, jika kilang itu selamat mengapa kerajaan Australia melarang pembinaannya di sana?
Peliknya, Menteri Besar Pahang berkali-kali mempertahankan kenyataan bahawa projek ini selamat seolah-olah dia (Adnan Yaakob) pakar dalam kajian radioaktif. Malah Adnan juga menuduh parti pembangkang sengaja mencari kesalahan kerajaan negeri. Hakikat sebenar radio aktif memang sangat berbahaya.
Sepatutnya Adnan (jika beliau bijak) merujuk dahulu laporan Kertas Penyelidikan Parlimen Australia yang diterbitkan pada 2007 berkaitan bahaya penggalian ‘rare earth’. Bukan sahaja Australian ,kerajaan China juga mengambil keputusan menghalang sebarang pembinaan kilang ‘rare earth’ di negara mereka.
Saya ingat lagi kata-kata guru disiplin zaman persekolahan dulu ,
Ada 4 jenis golongan manusia dalam dunia ni.
Golongan pertama golongan yang bijak dan dia tahu dia bijak,orang macam ni akan memberi kebaikan kepada masyarakat dan negara.
Golongan kedua dia bijak tapi dia tidak menyedari kemampuannya,orang ini perlu disedarkan untuk kebaikan dirinya dan masyarakat.
Golongan ketiga dia bodoh dan dia sedar akan kebodohannya lalu dia sentiasa menambah ilmu untuk membaiki kelemahannya
Golongan keempat yang paling malang sekali,
Golongan yang merasakan dirinya serba pandai sedangkan dia bodoh.golongan ini tiak dapat membantu dirinya sendiri apatah lagi masyarakat.
Amat malang jika golongan ini diangkat menjadi pemimpin yang akhirnya akan membuat keputusan yang bodoh dan merugikan rakyat.
Tags:
Negeri Pahang