Buffered Earning (BE)
ialah di mana kat atas pada Campaign (dalam website nuffnang) tu akan ada satu column lagi yang dinamakan BE. Kalau dapat BE duit masuk lagi banyak dari Campaign iklan biasa. BE ini ialah apabila pihak pengiklanan berminat untuk sewa blog bagi meletakkan iklan diorang buat tempoh tertentu. Contohnya bila dapat BE pizza hut. Iklan ini akan selalu keluar menari-nari di blog korang dan incomenya memang lagi best! Apabila sampai 1 tempoh BE ini akan stop dan menjadi Metered Earning (ME). Di saat inilah nilai akaun akan bertambah dan boleh cashout kalau cukup nilainya
Tips untuk mendapatkan Buffered Earning;
1) Mengisi “Blogger Bio survey”
Ramai blogger termasuk nuffnang menekankan bahawa penting bagi blogger untuk mengisi survey di dalam “Blogger Bio” supaya pihak nuffnang dan pengiklanan berminat untuk memilih blog korang. Lagi bagus survey ini di isi secara menjawab soalan esei samada BM/BI. Jawab survey ni secara detail dan panjang bagi menarik serta menyakinkan pihak pengiklanan. Pandai2lah korang promote blog korang. Sila update sekurang-kurangnya sebulan sekali.
2) Memasang Kesemua Unit/Jenis Iklan Nuffnang
Korang mestilah memasang kesemua jenis iklan nuffnang iaitu Leaderboard, Skyscraper dan Large Rectangle. Sila pastikan posisi iklan itu bertepatan dengan kehendak pihak nuffnang dan jugak letakkan di posisi mudah untuk pelawat melihatnya. Cik tom ada menyediakan tutorial untuk memasang iklan jenis Large Rectangle. Iklan Leaderboard perlu diletakkan samada di bawah header or atas header. Iklan Skyscraper pula dibahagian paling atas sidebar.
3) Status Keahlian Nuffnang
Nuffnang lebih menjurus untuk memilih blog yang mempunyai status “Gliteratti”. So sebaiknya korang membuat tips 1 dan 2 dengan sebaiknya supaya status korang “Gliteratti”. Seterusnya secara automatik peluang korang nak dapat BE lagi cerah!
Tips 1-3 dishare dari blogger Krole. Jom jenguk blog comel + tuan peramah
4) Maintainkan UV or trafik
Sumber ni tak berapa sahih sebab cik tom pernah bertanyakan pada pihak nuffnang tapi takde pulak mention menda ni. Oleh sebab ramai blogger share so cik tom masukkan juga. Tapi unique visitor (UV) ini amatlah penting kalau korang nak naikkan jumlah duit di dalam BE korang. Makin up UV makin masyuk duit BE.
5) Jangan menganak tirikan nuffnang
Ini penting! Korang kena la setia pada pihak nuffnang. Sebabnya pihak nuffnang ni agak manja dan tak nak share kasih sayang dengan orang lain. So kalau korang ambil iklan dari website lain memungkinkan nuffnang merajuk membawa hati yang lara.
6) Sentiasa Update Entry
Sentiasa korang update entry sekurang-kurangnya 1 entry untuk 2 hari . Ialah kalau korang jarang update tak menyakinkan pihak pengiklanan untuk memilih blog korang. Blog yang sentiasa update lagi meriah kunjugan pelawat. So faham-fahamlah ye.
7) Jangan memasang terlalu banyak widget
Amaran ini bukan saja membuatkan blog lembap nak load apabila memasang banyak widget seperti daun berguguran dan sebagainya. Tapi juga pihak pengiklanan tak suka. Pesal? Yelah sebab tarikan pada widget itu melebihi tarikan pada iklan nuffnang. Nuffnang suka pada blog yang simple dan lebih menonjolkan iklan nuffnang kerana iklan dari pihak pengiklanan itu telah dibuat dengan secantik dan menarik. Contoh korang nak attract bf/gf korang tapi ada girl/boy lagi cun/hensem dari korang apa perasaan korang?? Konpem rasa tergugat sikit beb.
Ni tips paling menjadi la azim rasa. Sebab memang azim pernah tanya direct pada pihak nuffnang apa kriteria blog yang akan diterima untuk mendapat BE. Tup seminggu selepas itu, terus dapat 2 BE sekaligus. Tips 6-8 ialah tips dari azim. So, kesahihan fakta masih boleh diragui ;D
***************************************
Semoga semua blogger yang pernah bertanya atau baru nak tahu dapat faham melalui entry ni. Jangan patah semangat untuk mendapat BE. Tapi seboleh-bolehnya betulkan nawaitu anda berblogging ye kerana nuffnang ini hanyalah side income. Keseronokan sebenar ialah berblog J