Aroma petai memang terkadang kurang menyenangkan bagi sesetengah orang.Tapi bagi sebahagian orang ianya boleh membangkitkan selera makan. Menurut kajian, petai mengandungi asid amino yang sangat bermanfaat bagi tubuh badan.
Tumbuhan yang mempunyai nama latin Parkia Speciosa ini sangat popular di negara-negara Asia Tenggara. Petai dijadikan campuran berbagai masakan keranarasanya yang sangat khas dan dan boleh memperkaya rasa dan aroma masakan
Tumbuhan yang mempunyai nama latin Parkia Speciosa ini sangat popular di negara-negara Asia Tenggara. Petai dijadikan campuran berbagai masakan keranarasanya yang sangat khas dan dan boleh memperkaya rasa dan aroma masakan
Anda pasti sudah sedia maklum dengan sambal petai, sambal tempoyak petai atau sebarang jenis masakan yang ditambah petai, hingga kepada petai yang dibakarmahupun direbus atau di jerukan. Dengan mengambil petai, ternyata boleh membuat kulit, tulang, dan rambut kita menjadi lebih sihat mengikut kajiannya.
Menurut data World Agroforestry Centre (WAC), petai mengandungi sebatian yang disebut, cystine. Ini merupakan sebatian sulfur yang mengandungi asid amino dan sangat penting bagi pembentukan sel kulit, tulang dan rambut.
Cystine ini juga diperlukan dalam pembentukan glutathione, salah satu zatantioksidan yang berfungsi menghalang radikal bebas. Bagi anda yang mempunyaigangguan kadar gula darah yang tinggi, tak ada salahnya mengambil petai.Sebabnya, sebatian pada petai diketahui boleh menurunkan level kadar gula dalamdarah.
Namun, pastikan anda mengambil petai ini, dengan cara tidak berlebihan. Ini adalah disebabkan beberapa kajian menyebutkan petai boleh membahayakan buah pinggang jika sekiranya diambil dengan kadar yang berlebihan..