Kurang Tidur Punca Obesiti


Lebih pendek masa tidur seseorang rasa lapar bertambah

Washington : Tabiat tidur seseorang mampu menjejaskan kawalan berat badan dan kurang tidur dikaitkan dengan memberi kesan bukan hanya berapa banyak kalori yang kita ambil tetapi juga berapa banyak tenaga yang dibakar, kata satu kajian terbaru. Sejak beberapa tahun lalu, beberapa kajian epidemiologikal mendapati ada kaitan antara berapa lama tidur seseorang dan obesiti selain diabetes jenis kedua, yang merumuskan bahawa kurang tidur menambahkan risiko untuk menambahkan berat badan dan menyebabkan penyakit kencing manis.

Kajian oleh penyelidik Universiti Tubingen and Lubeck di Jerman dan Universiti Uppsala di Sweden menunjukkan kesan tidur yang singkat boleh meningkatkan rasa lapar selain penggunaan tenaga serta aktiviti fizikal tubuh seseorang.

Aktiviti fizikal diukur dengan alat khas yang dipakai pada pinggang untuk mengesan pecutan. Tenaga digunakan badan dinilai secara tidak langsung oleh kalorimetri, satu alat yang menganggarkan jumlah kepanasan dikeluarkan oleh seseorang ketika mereka menggunakan oksigen.

Kurang tidur akan meningkatkan rasa lapar selain turut menambahkan jumlah ‘hormon lapar’ ghrelin yang dikesan dalam darah seseorang.

Lebih pendek masa tidur seseorang, mereka akan mengalami lebih rasa lapar.

Berjaga selama satu malam juga akan mengurangkan jumlah tenaga digunakan oleh badan apabila berehat.

Kajian ini memaklumkan apabila kita kurang tidur, kita akan makan lebih banyak disebabkan rasa lapar. Ini boleh menyebabkan kita bertambah berat badan.

Bagaimanapun kurang tidur juga menyebabkan kita kurang membakar kalori yang menjadi tambahan kepada penambahan berat badan.

Kajian berterusan bertujuan untuk mengetahui jika menambahkan waktu tidur boleh membantu usaha mengawal berat badan.

Walaupun masih ada cara untuk menambahkan waktu tidur bagi merawat obesiti dan diabetes, keputusan penyelidikan sedia ada jelas menyokong tanggapan bahawa tidur membabitkan keseimbangan antara jumlah kalori yang kita ambil setiap hari dan jumlah yang digunakan melalui aktiviti dan metabolisme
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post