Pergi Ke Mana Saja Orang Kelantan Pasti Ada

Kita selalu lihat bangsa Cina ada di mana-mana. Sampaikan di satu-satu tempat mesti ada Kampung Cina. Tapi jika anda perasan, orang Kelantan juga ada di mana-mana sahaja.
Kelibat mereka mudah untuk dilihat. Nak mengenali mereka pun mudah memandangkan ada di antara mereka yang sukar untuk menukar loghat percakapan. Dari satu aspek ada bagusnya, mereka masih mengekalkan identiti mereka. Tetap dengan loghat mereka.
Aku bukan nak kata orang negeri lain susah nak jumpa. Cuma dari segi percakapan memudahkan mereka dikenali. Tak perlu tanya pun tak apa sebab dengar mereka bercakap pun dah cukup. Pergi sahaja ke mana-mana mesti anda jumpa tak kira di mana pelusuk Negara Malaysia hatta ke pendalaman Sabah Sarawak pun mereka tetap ada.
Sebagai contoh tengok jelah bila ada perlawanan bola di Stadium Bukit Jalil Kl, mesti orang Kelantan akan datang memberi sokongan dengan penuh taksubnya dan merekalah majoriti penonton yang datang mengatasi penonton tempatan.
Kalu dekat Sabah Sarawak, di setiap sekolah kat sana mesti ada cikgu dari Kelantan. Aku tak pasti kenapa sampai cikgu Kelantan ramai posting ke Sabah Sarawak, ada pihak cakap kerajaan saja nak hantar orang Kelantan keluar dari negeri diorang sebab nak kurangkan jumlah undi. Wallahua’lam.
Cer tengok bila nak balik kampong time raya berduyun orang Kelantan balik negeri diorang dari ibu kota atau tempat lain. Huhu jem yang luar biasa akan berlaku di laluan yang dilalui ke negeri Kelantan. Aku dah pernah kena dah time balik malam raya Haji dari Kl ke Temerloh. Perjalanan 2 jam jadi 5 jam. Sepatutnya kena buat banyak jalan lagi tu terutama yang menghala ke Kelantan.
Aku tabik dengan mereka ni sebab mereka boleh survive dan banyak menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara ni. Semasa di zaman universiti dulu pun student Kelantan mesti merupakan majoriti di universiti tu dan mereka ni suka berbisnes tak kira bisnes apa pun.
Semangat kekitaan mereka ni begitu kuat. Contohnya apabila seorang Kelantan baru kenal seorang Kelantan yang lain, mereka ni mudah mesra dan kalau berborak pun macam dah kenal lama dah huhu.
Aku orang Pahang. Tapi sebaik sahaja aku keluar dari sempadan Pahang, aku akan bercakap menggunakan bahasa Melayu standard. Loghat aku akan hilang sama sekali.
Bukan malu atau apa. Tapi dah terbiasa buat begitu. Luar negeri Pahang bercakap dengan bahasa Melayu standard. Cakap Pahang bila kat kampong je lagipun loghat Pahang ni femes di daerah tertentu seperti kat Temerloh, Mentakab, Jerantut dan beberapa tempat lagi.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

4 Comments

  1. Sy ore kelate. Betul, krjaan hntar jauhjauh duk srwk/sbh sbb nk kurangkn undi. Supayo ore kelate susoh nk balik utk ngundi.. Terutamanyo bilo krjaan dpt tahu pkerja trsebut dri pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  2. Sy ore kelate. Betul, krjaan hntar jauhjauh duk srwk/sbh sbb nk kurangkn undi. Supayo ore kelate susoh nk balik utk ngundi.. Terutamanyo bilo krjaan dpt tahu pkerja trsebut dri pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Sy ore kelate. Betul, krjaan hntar jauhjauh duk srwk/sbh sbb nk kurangkn undi. Supayo ore kelate susoh nk balik utk ngundi.. Terutamanyo bilo krjaan dpt tahu pkerja trsebut dri pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  4. Banyaknya komen cik Ana kito,sampai 3 sekaligus huhu

    ReplyDelete
Previous Post Next Post