Tuesday, July 3, 2012

Pemegang Ijazah Boleh Mohon Jawatan SPM

Suruhanjaya Perkhimatan Awam (SPA) memperkenal dua dasar baru, yang berkuatkuasa semalam, bagi meningkatkan peluang permohonan jawatan dalam perkhidmatan awam.



1) Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.



Menurut kenyataan SPA, sehingga kini, seramai 852 calon yang memiliki Ijazah Sarjana Muda mengemukakan permohonan ke jawatan yang berkelayakan SPM. 



2) Dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
   
Langkah itu bertujuan memberi lebih banyak peluang kepada calon untuk dilantik ke jawatan bersesuaian. 
   
Sejak semalam, seramai 5991 calon mengemukakan permohonan untuk lebih daripada lima jawatan.

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...