Permohonan Kebenaran Berkahwin dan Prosedur Perkahwinan

PERMOHONAN KEBENARAN BERKAHWIN

Pengesahan Permohonan Berkahwin

i) Seseorang yang hendak berkahwin hendaklah membuat permohonan untuk berkahwin
dengan mengisi borang yang ditetapkan

ii) Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan kepada
Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ yang diberi kuasa untuk
mengesahkan permohonan itu bagi kariah di mana pemohon bermastautin.

iii) Sebelum membuat pengesahan, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’
hendaklah menyemak dan memastikan semua maklumat yang diperlukan seperti berikut
ada disertakan.
•Salinan Kad Pengenalan
•Sijil Kursus Pra Perkahwinan MBKPPI
•Surau Akuan Teruna yang dikeluarkan oleh majikannya atau surat akuan sumpah
teruna sekiranya beliau tidak mempunyai majikan jika pemohon seorang lelaki
•Surat Perakuan Cerai jika pemohon sudah bercerai hidup atau surat perakuan mati jika
permohonan bercerai mati
•Surat Akuan Memeluk Agama Islam jika saudara baru.
•Surat Kebenaran daripada Jabatan Polis jika pemohon anggota polis
•Surat Kebenaran dari Angkatan Tentera jika pemohon anggota tentera

PROSEDUR PERKAHWINAN

Prosedur Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ ini menggariskan peraturan-peraturan yang perlu diikuti oleh Ketua Pendaftar , Pendaftar dan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan ruju’ dalam melaksanakan Enakmen Undang-undang-undang Islam Tahun 1987 (Enakmen No. Tahun 1987) keluarga Islam 1991 (Enakmen No. 3 Tahun 1991) dan undang-undang mengenai perkahwinan.

1.Kursus Praperkahwinan Modul Bersepadu Kursus Praperkahwinan Islam (MBKPPI)
1.1 Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Ruju’ hendaklah memastikan pasangan bagi
warganegara Malayia yang mengemukakan permohonan mereka untuk mendapatkan
kebenaran berkahwin telah menghadiri dan memilik Sijil Kursus Pra Perkahwinan.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post