Apex Tak Hilang Fokus Akibat Kemalangan


Kemalangan, Apek Tidak Hilang Fokus
INSIDEN kemalangan jalan raya yang menimpa Khairul Fahmi Che Mat sedikit pun tidak menjejaskan fokus penjaga gol kebangsaan itu bagi membantu Kelantan dalam kempen Piala Malaysia, musim ini.
Sebaliknya, Khairul Fahmi atau dikenali Apex berkata, beliau tetap bersemangat menggalas misi memburu kejuaraan treble pertama meskipun terlepas peluang membantu Kelantan ketika menewaskan Kedah di Kota Bharu, kelmarin.
Keadaan Kereta Khairul Fahmi -APek yg kemalangan
“Tidak ada kecederaan serius, sebaliknya hanya luka kecil sahaja. Hendak kata trauma tak juga, saya masih boleh pandu kereta lagi cuma terkejut dengan kemalangan tersebut.
Apek terbabit dalam kemalangan jalan raya di Kampung Badak, Bachok kelmarin setelah kereta jenis Audi A4 yang dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain ketika keluar daripada simpang jalan.
Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang turut dihadiri Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa di kediamannya di sini, semalam.
Mengulas mengenai status kecederaan lututnya yang dihadapi ketika ini, Apex berharap dapat pulih dalam masa terdekat bagi membolehkan beliau turun beraksi menentang ATM di Stadium MPS, Selayang malam esok.
“Bergantung pada keadaan dan pemantauan daripada fisioterapi. Saya akan kembali turun menjalani latihan seperti biasa hari ini. Sama ada disenaraikan atau tidak biarlah jurulatih yang tentukan,” katanya.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post