Wednesday, August 15, 2012

Kesan Menampar Muka Budak

Di bawah ni adalah ringkasan yang say ambil daripada luahan seorang Doktor mengenai isu ini. 

untuk rujukan yang lengkap mengenai artikel ini, boleh rujuk di sini 




Tamparan disini merujuk kepada budak sekolah ataupun anak sendiri.

Sebagaimana yang kita tahu,kanak-kanak adalah golongan yang sedang membesar dan kebanyakan organ badannya adalah mudah rapuh dan cedera.Antara kesan negatif menampar budak dari segi perubatan ialah:

1) Tamparan yang terkena leher akan mencederakan leher dan saraf tunjang, seterusnya dapat menggoncang otak.Hal ini akan menyebabkan salur darah pecah,selaput otak koyak dan berlaku pendarahan dalam otak.

2) Jika menampar pada cuping telinga dan menutup lubang telinga, tekanan kuat akan masuk ke dalam telinga sehingga ke gegendang dan menyebabkan gegendang telinga pecah.Hal ini jika tidak dirawat,akan berlaku gangguan pendengaran yang kekal.

3)Antara kesan lain ialah lebam,bibir pecah ,gigi patah dan lain-lain lagi.

4)Kesan psikologi juga akan berlaku pada kanak-kanak tersebut.Menampar di khalayak ramai sebenarnya boleh menjatuhkan maruah kanak-kanak tersebut.

Saya sangat bersetuju dengan pandangan doktor ini.kanak-kanak masih muda dan belum mengerti apa-apa. Kadang-kadang tamparan ini hanya akan memburukkan keadaan.Masih banyak lagi cara lain untuk mengajar kanak-kanak jika mereka melakukan kesilapan.

Kat sini ada beberapa contoh entri untuk mendidik anak cara islam:

1) Cara menangani anak nakal

2)rotan anak tanda kasih sayang

p/s rotan anak ada adabnya.jangan main terkam je =)

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...