Kewujudan 'Dajjal' Di Sukan Olimpik 2012

Sekarang tengah hangat berlangsung kejohanan terbesar dunia, Sukan Olimpik 2012. Disebalik kejohanan tersebut, dikatakan terdapat konspirasi yang berunsurkan Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal yang dirancang oleh pihak penganjur berdasarkan masa kejohanan itu berlangsung, upacara pembukaan, bentuk logo, bentuk maskot dan bentuk stadium . Persoalan utamanya ialah adakah konspirasi ini telah dirancang terlebih dahulu bersempena dengan kejohanan ini atau ianya adalah semata-mata satu simbolik sahaja yang tidak disengajakan?

MASA KEJOHANAN OLIMPIK 2012

Kejohanan ini telah dipilih untuk diadakan pada bulan puasa. So, para atlit yang beragama islam terpaksa menangguhkan puasa dan perkara ini dah diputuskan oleh mufti-mufti kerana dikira bermusafir. Tetapi tidak salah kalau berpuasa. Main sukan je pun. Zaman Nabi lagi dahsyat. Nabi dan umat islam berpuasa semasa berperang. Bergadai nyawa lagi. Puasa tetap puasa. Memang ada sesuatu yang tersirat kerana ianya dibuat semasa umat islam berpuasa. Tambahan pula, masa inilah juga berlaku pertumpahan darah umat islam di Syria dan Burma serta kebuluran umat islam yang berpuasa di Somalia.

UPACARA PEMBUKAAN OLIMPIK 2012

Upacara pembukaan ini dibuat dengan beberapa persembahan yang dilihat sememangnya mengandungi unsur Illuminati dan Freemason. Promosi untuk Illuminati, Zionis, Freemason dan Dajjal seakan-akan mewarnai dan menjadi teras penting kepada pembukaan Sukan Olimpik 2012. Anda boleh lihat sendiriberdasarkan gambar-gambar seperti di bawah ini.







BENTUK LOGO OLIMPIK 2012

Susunan huruf yang kononnnya adalah 2012 itu bukannya semata-semata 2012 , tetapi juga melambangkan logo Swastika NAZI, dan jika disusun kan dengan kaedah lain, akan dapat dilihat perkataan ZION. Ya, dari perkataan Zion lah munculnya Zionis. Dalam logo yang lain pula, jika kita terbalikkan nombor tahun 2012 itu, dan pusing kan sedikit nombor yang belakang tu, maka akan nampak jelas perkataan ZION juga. Ya saya tahu, kita perlu susun-susun terlebih dahulu huruf-hurufnya, bukan ianya ditulis dengan jelas ZION. Tetapi ketahuilah, sememangnya golongan MASON suka meninggalkan klu dan maksud tersembunyi, seperti yang telah amat banyak dilakukan sebelum ini. Sumber :http://hijabulcrewz.blogspot.com.





BENTUK MASKOT OLIMPIK 2012

Dan tidak ketinggalan dengan maskot Sukan Olimpik London 2012 ini iaitu makhluk logam bermata satu. Sesetengah pihak mungkin menganggap kedua-dua maskot tersebut seperti watak animasi filem Monsters, Inc. tetapi jika diamati dengan teliti ia sebenarnya menyerupai Dajjal yang diketahui sebagai makhkluk bermata satu. Seperti yang diketahui, bentuk tersebut sering kali dikaitkan dengan simbol Dajjal serta simbol rasisme, kiamat, nabi palsu dan antichrist. Penganjur membidas dakwaan itu dengan kenyataan mata satu tersebut merupakan simbol dari sebuah kamera yang akan merakam segala aktiviti yang berlangsung sepanjang Olimpik London 2012.


BENTUK STADIUM OLIMPIK 2012

Ada yang mendakwa binaan segi tiga di sekeliling stadium itu menyerupai piramid separuh siap lambang Illuminati walaupun arkitek firma Populous itu, Philip Johnson menyatakan idea reka bentuknya menandakan era baru dalam acara sukan. 


Persoalan sudah dirungkai. So, adakah semua ini terjadi secara kebetulan? Terpulanglah pada diri masing-masing untuk menilainya. Secara peribadi, pengetahuan ini lebih membuatkan kita lebih berhati-hati, bertambah yakin bahawa Dajjal akan muncul tidak lama lagi (sesuai dengan hadith-hadith nabi S.A.W) , berusaha agar dapat elak fitnah Dajjal dengan mengamalkan doa-doa dan membaca Al-Quran.



Maksudnya: "Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari azab siksa api neraka Jahannam dan siksa kubur, serta serta fitnah hidup dan fitnah al-masih Dajjal."

Amalkanlah bacaan doa dan 10 ayat awal dan akhir surah al-Kahfi di dalam solat 5 waktu anda..Insyaallah, Allah melindungi diri anda dari terkena fitnah al-masih Dajjal.

Jom Baca INI
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

2 Comments

Previous Post Next Post