Rama-Rama Mutasi Akibat Krisis Nuklear


Rama-Rama Bermutasi Akibat Krisis Nuklear : Akibat krisis nuklear yang berlaku baru-baru ini di Jepun, para penyelidik mendapati rama-rama disana mengalami proses mutasi yang mengejutkan.
Rama-Rama Bermutasi Akibat Krisis Nuklear

TOKYO – Krisis nuklear di loji Fukushima yang menyebabkan kebocoran radiasi didakwa telah mengakibatkan mutasi secara meluas dan pembesaran luar biasa spesies rama-rama Pseudozizeeria maha di Jepun.
Pendedahan yang dibuat berdasarkan kajian ke atas 144 sampel rama-rama di sekitar kawasan loji Fukushima Daiichi mendapati ia mengalami perubahan genetik kerana terdedah pada radiasi tahap tinggi.
Ketua penyelidik Universiti Ryukyus, Joji Otaki berkata, ia mengalami pembesaran luar biasa dan saiznya adalah lebih besar daripada rama-rama biasa.
Rama-Rama Bermutasi Akibat Krisis Nuklear
Namun begitu, kira-kira 12 peratus larva rama-rama pale grass blue yang terdedah kepada radiasi nuklear selepas bencana tsunami melanda timur laut Jepun pada Mac 2011 didapati mengalami keganjilan seperti mempunyai kepak kecil dan mata yang rosak.
Angka tersebut meningkat kepada 34 peratus apabila ianya melibatkan generasi ketiga spesies berkenaan.
Rama-Rama Bermutasi Akibat Krisis Nuklear
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post