KAJANG: Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya juga dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di sini, malam kelmarin.
Mayat Sabturiah Faisal (19) ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh kakaknya semasa mahu mengejutkan gadis berkenaan untuk berbuka puasa pada jam 7.30 malam.
Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab (Ketua Polis Daerah Kajang) berkata, pihaknya menerima panggilan seorang lelaki pada pukul 7.47 malam memaklumkan mengenai kejadian tersebut.
Katanya lagi, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul dan jerutan. Beberapa kesan lebam ditemui di tangan kanan dan perut serta kesan jerutan di leher.
“Siasatan awal polis juga mendapati mayat mangsa dipercayai dirogol penyerang yang dikenali mangsa, ini berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah flat berkenaan