Rumah Mendiang Steve Jobs Dirompak


Rumah Mendiang Steve Jobs Dirompak : Rumah mendiang pengasas Apple, Steve Jobs dimasuki perompak baru-baru ini.
Rumah Mendiang Steve Jobs Dirompak
Sejumlah komputer dan barang-barang lain bernilai $60,000 usd dilaporkan hilang dari rumah mendiang pengasas Apple itu baru-baru ini.
Seorang suspek, Kariem McFarlin, 35, ditangkap pada 2 Ogos lalu atas dakwaan  merompak dan menjual barang curian. McFarlin kini ditahan di penjara Santa Clara County sementara menunggu perbicaraan Isnin ini.

Suspek - Kariem McFarlin
Kejadian itu dilaporkan berlaku 17 Julai lalu, tetapi butiran mengenai kejadian hanya dikeluarkan sekarang, lapor CNN.
Pihak berkuasa mengatakan suspek mungkin tidak menyedari bahawa rumah yang dia masuki di Palo Alto, California itu pernah didiami oleh Jobs sehingga ia meninggal dunia Oktober tahun lalu pada usia 56.
Rumah dua tingkatnya didiami oleh isteri beliau, Laurene Powell dan tiga anak mereka.
Pihak polis Palo Alto melaporkan angka kes dan perbuatan jenayah semakin meningkat dikawasan itu pada tahun 2012.
Rumah Mendiang Steve Jobs Dirompak
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post