Tuesday, August 14, 2012

Senarai Tol Yang Ada Diskaun Sempena Aidilfitri 2012


Senarai Tol – Diskaun dan Rebat Tol Sempena Aidilfitri 2012   : Senarai tol terlibat dan diskaun rebat tol bersempena Aidilfitri 2012 dan juga sempena ulangtahun ke 55kemerdekaan Malaysia.
Diskaun dan Rebat Tol Sempena Aidilfitri 2012
Bersempena Aidilfitri 2012 ini, sebanyak 24 buah lebuh raya di seluruh negara bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus selama empat hari secara berperingkat mulai 15 hingga 23 Ogos.
Menteri Kerja Raja, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, berkata, diskaun dan rebat tol itu adalah kadar tertinggi yang pernah diberikan kepada pengguna lebuhraya berbanding sebelum ini.
Diskaun dan Rebat Tol Sempena Aidilfitri 2012
Bagi melicinkan lalu lintas, semua kerja penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan lebuh raya dihentikan sementara. Mengenai had laju jalanraya pula, beliau berkata semua Jalan Persekutuan had laju diturunkan daripada 90 kilometer sejam (km/j) kepada 80 km/j mulai 12 hingga 26 Ogos.
Juga bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan ke 55, terdapat dua lebuh raya menawarkan tol percuma dan 22 lagi memberi diskaun dan rebat antara 10 hingga 30 peratus.

Senarai Tol – Diskaun dan Rebat Tol Sempena Aidilfitri 2012

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...