10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Sepanjang September 2012


Enjin carian Google merupakan enjin carian yang digunakan utama yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia, termasuk Malaysia. Salah satu sebab utama adalah dalam mengetahui pelbagai isu semasa dengan mudah melaluinya.
Sepanjang 14 hingga 20 September 2012 yang lepas, ramai pengguna tempatan telah melakukan pelbagai carian kata kunci pada Google, dan Google Malaysia kini berkongsi akan sepuluh kata kunci yang paling popular sepanjang tempoh tersebut.
1) Yasmin Hunwick
Rakan dan juga para peminat menyampaikan salam takziah ke atas pemergian penulis blog remaja, Yasmin Johan yang meninggal dunia.
2) Apple iPhone 5
Gergasi teknologi dunia, Apple telah pun melancarkan telefon pintar terbaru mereka, iPhone 5, dan ramai pengguna tempatan mula mencari maklumat tambahan, seperti fungsi dan bilakah ia akan tiba di Malaysia. Ura-ura awal mengatakan ia akan tiba di Malaysia pada penghujung Oktober atau awal November kelak.
3) Kate Middleton/Prince William
Pasangan diraja ini telah pun berkunjung ke Malaysia selama empat hari, bermula daripada 13 September yang lepas.
4) Blake Lively
Para peminat pelakon drama Gossip Girl ini mula mencari maklumat tambahan berkenaan perkahwinan beliau dengan Ryan Reynolds pada 9 September yang lepas.
5) Resident Evil Retribution / Ada Wong
Filem terbaru daripada siri Resident Evil ini telah pun memulakan tayangan di Malaysia sejak daripada minggu lepas, dimana tayangan perdana telah diadakan di TGV Sunway Pyramid, memperlihatkan pelakon Li Bingbing yang memainkan watak Ada Wong hadir pada acara tayangan perdana di Malaysia.
6) iOS 6
Sistem operasi mudah-alih terbaru daripada Apple ini telah pun diperkenalkan kepada umum, membolehkan para pengguna iPhone, iPod Touch dan juga iPad mengemaskini dan menggunakan beberapa fungsi baru yang didatangkan padanya.
7) Shila Amzah
Penyanyi daripada Malaysia, Shila Amzah telah pun merangkul kejuaraan di pertandingan Asia Wave 2012. Ramai pengguna tempatan membuat carian untuk nyanyian Shila Amzah untuk lagu Forever Love.
8) UPSR
Seramai 517,139 pelajar telah menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang telah diadakan daripada 11 hingga 13 September yang lepas. Ramai pengguna yang mencari maklumat lanjut berkenaan laporan mengatakan terdapat kesalahan pada salah satu kertas peperiksaan UPSR.
9) Ford Malaysia
Ford Focus generasi ketiga telah pun dilancarkan di Malaysia, yang mana melihat pelakon popular tempatan, Maya Karin dijadikan duta untuk jenama Ford Malaysia.
10) King Maker/造 王者
Ramai peminat drama Hong Kong TVB, telah pun mula mencari lebih maklumat berkenaan drama King Maker yang telah pun mencapai episod akhirnya.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post