Apple iPhone 5 Di Pasaran Malaysia 26 Oktober?


Dengan permulaan pra-tempahan di beberapa buah negara, semestinya ramai yang menantikan bilakah peranti terbaru daripada Apple, iaitu iPhone 5 akan tiba di Malaysia. Kini, menurut salah sebuah akhbar tempatan, Malay Mail, peranti tersebut mungkin tiba di Malaysia seawal 26 Oktober ini.
Ia dikatakan tiga penyedia telekomunikasi, Celcom, Maxis dan DiGi akan menawarkannya, sama seperti sebelum-sebelum ini. Namun, harga jualannya masih tidak diketahui sepenuhnya buat masa ini.
Sebelum pelancaran iPhone 5 di Malaysia, semestinya ia memerlukan syarikat telekomunikasi tempatan bersedia dengan SIM berbentuk nano yang digunakan padanya. Daripada pertanyaan awal, syarikat telekomunikasi tempatan masih belum mempunyainya buat masa ini. Namun mungkin berubah sebelum penghujung bulan ini, memandangkan semestinya terdapat beberapa pengguna yang mendapatkan set awal daripada Singapura.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post