Filem-filem Moden Klasik Yang Kena Tengok


Beauty and The Beast (1991)


Sutradara : Kirk Wise dan Gary Trousdale

Pelakon (Suara) : Paige O'Hara, Robbie Benson

Genre : Animasi, Romantik, Musikal


The most beautiful love story ever told” dia katalah. Satu persembahan Disney yang mengaspirasikan manusia. Seperti kebanyakan filem Disney, filem ini cheesy dan ringan. Sesuai untuk kauorang yang rasa huduh dan segan nak cari cinta. Part si Belle tiba-tiba boleh sembang dengan teko, almari, sudu dan garfu tu semua buat aku rasa macam si Belle ni tengah lalok pulak. Memang patut kena culik oleh si Beast. Hadohh kau!


Terminator 2 : Judgement Day (1991)


Sutradara : James Cameron
Pelakon : Arnold Schwarzenegger, Linda Hamilton, Robert Patrick
Genre : Sci-fi/Fantasi, Aksi, Thriller


Ok. Gini je la. Kalau tak penah tengok Terminator yang first, jangan tengok la yang ni. Sebabnya, filem ni sebenarnya sarat dengan falsafah pulp tentang teori sains dan ramalan masa depan yang ngalahkan Stephen Hawkings. Serius lambat cerna kalau tak tengok kronikelnya secara penuh (ini termasuk Terminator 3 dan Terminator Salvation). Ahh, but then again, ini pun filem lama. Arnold Schwarzenegger atau panggilan melayunya; Arnold Susah-nak-eja, sekarang ni menjerumuskan diri dalam arena politik. Tapi, perasan tak, dalam filem ni dialog Schwarzenegger pendek-pendek belaka. Maklum, lidah Austria dia pendek, susah nak nyebut ayat  English panjang-panjang. Hadohh kau!


The Silence of The Lamb (1991)


Sutradara : Jonathan Demme
Pelakon : Jodie Foster dan Anthony Hopkins
Genre : Thriller, Drama, Horror


An amazing piece, but really disturbing. Oh, indahnya sebuah minda yang celaru dan sakit. Serius beb. Anthony Hopkins menang Oscar atas persembahannya sebagai Hannibal Lecter dan filem ini muncul sebagai The Best Motion Picture pada Academy Awards tahun sama. Oh, Jodie Foster muda lagi masa ni. Beliau sangat cun, hokay. Tapi aku tak terkesan sangat dengan lakonan Foster dalam filem ni. Mungkin sebab dibayangi kemantapan Hopkins kot. I dunno. Yang pasti, kalau nak gila, pastikan ada ejen FBI yang selongkar minda gila engkauorang tu. Takde FBI, jangan risau. Kita masih ada PDRM. Hadohh kau!


Malcolm X (1992)


Sutradara : Spike Lee
Pelakon : Denzel Washington, Angela Bassett, Delroy Lindo, Al Freeman Jr.
Genre : Drama, Biografi, Politik, Agama

Spike Lee sememangnya tunjang penting bagi keberkesanan mesej filem ini diterima umum. Depiksinya mengenai sesetengah hukum-hakam Islam pada mulanya kelihatan samar, tapi syukurlah sampai ke bahagian plot Enchik Malcolm ni pegi umrah, dapat jugak kita dengar Denzel Washington baca surah Al-fatihah. Sebab itulah Denzel Washington ni menjadi peneraju watak kulit hitam yang secara peribadinya aku cukup hormati hinggalah ke hari ini. Jom jenjalan ke Malcolm X Boulevard di Harlem. Komuniti muslim masih kuat bertahan di sana. Cayalah Malcolm X.


Supercop a.k.a Police Story 3 (1992)


Sutradara : Stanley Tong
Pelakon : Jackie Chan, Michelle Yeoh, Maggie Cheung, Bill Tung
Genre : Aksi, Comedy


Hey hey hey. Jackie Chan beb. Police Story 3, bagi aku adalah installment terbaik kronikel Police Story. Kenapa aku cakap centu? Adakah kerana filem ini dibintangi oleh bintang filem kelahiran Ipoh iaitu Michelle Yeoh? Atau kerana hakikat bahawa Bandaraya Kuala Lumpur menjadi medan penggambaran filem ni? Oh tidak. Aku tak pernah tanam sentimen dalam mana-mana rebiu aku. Ppfftt! Filem ni adalah filem lagak ngeri Jackie Chan yang paling berjaya dan berani. Pengkritik mengatakan bahawa tidak ada lagi filem yang memaparkan koordinasi lagak ngeri sebaik filem ni. Ni Jackie Chan masa dia muda dulu la, masa kegemilangan dia. Tak pakai la teknologi CGI ni beb. Every blood and blast is real! Huh, filem yang badass. Nuff said!


Unforgiven (1992)


Sutradara : Clint Eastwood
Pelakon : Clint Eastwood, Gene Hackman, Morgan Freeman
Genre : Aksi, Drama


Seorang pelacur dunia Wild Wild West dibunuh dan dicacatkan wajahnya. Haa, lebih kurang itulah titik mula plotnya. Koboi abes weyh. Lagi-lagi bila sutradaranya, Clint Eastwood yang namanya didedikasikan sebagai tajuk lagu oleh band animasi virtual feymes Gorillaz, turut sama berlakon dalam ni. Kemon la. Sapa tak kenal Eastwood kalau bab filem koboi-koboi ni? Tak ingat filem The Good, The Bad and The Ugly? Huih. Tambah pulak ada Gene Hackman dan Morgan Freeman. Uuiiih, Morgan Freeman tuuuuuu. Berseni jugaklah filem ni aku tengok. Memang layak masok list. Aku teringin nak hidup zaman koboi-koboi ni sebenarnya. Bukan sebagai koboi, tapi sebagai pribumi Red Indian yang kejenye asyik nak gadoh je dengan koboi. Hadohh kau!


Schindler’s List (1993)


Sutradara : Steven Spielberg
Pelakon : Liam Neeson, Ben Kingsley, Ralph Fiennes
Genre : Drama, Biografi, Politik


Ini filem Spielberg yang kool. First time Spielberg keluar dari zon selesa dia dan duduk di kerusi pengarah untuk sebuah filem yang agak noir dan bermain dengan visual hitam putih yang kontras dan dramatik. Barisan pelakonnya pulak bukan calang-calang beb. Semua A-List tuh. Tapi tak sia-sia. Filem ni bolot 7 anugerah Oscar. Itu baru Oscar, lain-lain; ada 69 lagi kemenangan beserta 24 pencalonan dalam pelbagai acara anugerah dan festival filem. Pensyarah course perfileman pun sampai gunakan filem ni as reference diorang dalam lecture. Aku yakin, sebab aku ada tanya member aku. Kehkehkeh. At least fakta aku tak la herot. Ye dak? Hadohh kau!



The Lion King (1994)


Sutradara : Roger Allers dan Rob Minkoff

Dibintangi : Matthew Broderick, James Earl Jones, Moira Kelly, Rowan Atkinson

Genre : Animasi, Drama, Musikal


Remember who you are. Remember, Simba. Remember..” Sampai sekarang masih lagi bulu roma aku meremang tiap kali dengar dialog tu. Ok, itu aku tipu sunat je. First time je meremang. Ok, ini pun filem animasi Disney jugak. Interesting bilamana Afrika jadi setting yang terbaik memaparkan konflik kebinatangan yang di hujung-hujungnya buat kita bersifat kemanusiaan. Paradoknya weyh! Ini salah satu all-time favret aku. Dan, walaupun si Nala tu singa, aku rasa dia sangat hot. Haahaha, animal fetish ke hape? Hadohh kau!


Forrest Gump (1994)


Sutradara : Robert Zemeckis
Pelakon : Tom Hanks, Robin Wright, Gary Sinise
Genre : Komedi, Romantic, Drama


Life’s a box of chocolate” adalah antara quote bermakna dari filem ni. Diadaptasi dari novel Winston Graham, kita disajikan dengan sebuah cerita kehidupan dari perspektif seorang lelaki tak cukup IQ (terencat la). Komedik dan santai tapi cukup mengesankan. Lakonan mantap pemerannya berjaya menghidupkan watak fiksyen yang diselang-selikan dengan cameo-cameo tokoh-tokoh yang terlibat sepanjang perjalanan plot. Banyak kali jugak kita tengok si Forrest ni seakan membantu mencorakkan dan membentuk trend dunia. Which is, pretty impressive dan mengaspirasikan, isn’t it. Tapi aku paling gemar dengan slang Southern diorang. Aku pernah sembang dengan sorang tourist Amerika. Aku pakai slang Southern, aku cakap; “Mama Jenny always told me that shrimp cook better in an oven.”Hadohh kau!




The Shawshank Redemption (1994)


Sutradara : Frank Darabont
Pelakon : Tim Robbins, Morgan Freeman
Genre : Drama


Adaptasi dari tulisan Cormac McCarthy dari tajuk sama, ini sebuah filem yang tersangatlah awesome. Aspek yang buat dia awesome bukanlah atas dasar pengarahan fotografi (walaupun ia sebenarnya berjaya mewujudkan kesan dramatik), tapi elemen psikologinya yang tegarlah membuatkan filem ini mantap dan sempurna. Berada di dalam penjara bukanlah bererti kebijaksaan itu tidak dapat disalurkan ke tempat yang sepatutnya. Pakatan Andy (Tim Robbins) dan Red (Morgan Freeman) memperlihatkan kita bahawa bersikap introvert juga adalah kunci kepada kebebasan. One of the most epic prison escape ever! Aku pernah tengok satu filem adaptasi kisah benar yang berkongsi pelantar sama dengan The Shawshank Redemption. Tapi jujur aku cakap, filem ni cukup epik. Kalau aku jadi banduan, aku pun nak buat benda yang sama la. Hadohh kau!


Before Sunrise (1995)


Sutradara : Richard Linklater
Pelakon : Ethan Hawke, Julie Delpy
Genre :  Drama, Romantik


Aku pernah publish entry pasal filem romantik yang tak cheesy ari tu. Lepas tu, sorang reader rekemen filem ni. Aku gi donlot beb. Lanun tak lanun. Memang betul la, ini bukan calang-calang filem beb. Serius. Jujur aku cakap, kalau aku nak kategorikan filem ni sebagai filem chick-flick, mungkin ini sajalah yang berhasil ‘menarik’ aku ke dalamnya. Premisnya tak rumit, simple je pun; dua karakter, sorang lelaki yang nak balek ke US dan sorang pompuan dok sembang je. Ha’ah. Tak tipu.Diorang sembang-sembang je. Ok, ade la sentuh-sentuh sikit. Ok, sentuh-sentuh bukan muhrim itu haram. Tapi diorang ni kafir, takpe la kot. Kalau korang jenis yang otak suka sangat filem ‘luarbiasa’ macam Adnan Sempit 2, memang takkan tertarik langsung citer ni. Memang tetido terus. Hadohh kau!





Toy Story (1995)


Sutradara : John Lasseter
Pelakon (Suara) : Tom Hanks, Woody Allen
Genre : Animasi, Komedi, Sci-fi/Fantasi


Ini epik. Sebabnya, ini filem full CGI pertama di dunia. Ini filem yang mengangkat PIXAR ke persada pembikinan animasi Hollywood. Ini menaikkan peratus semangat kompetitif dalam kalangan animator, lepasan jurusan seni halus, seni grafik, dan programmer komputer. Filem ni menjadi childhood generasi terakhir millennium angka satu. Ia tidak saja mempersonifikasikan barang mainan peribadi kanak-kanak, tetapi ia menjemput imaginasi untuk kembali liar dan bebas. Ini filem yang berjaya memulihara imaginasi kanak-kanak yang bakal bergerak ke ambang abad ke-21 yang canggih-manggih. Ok, aku terlalu siram sentimen di situ. Tapi serius, ini filem animasi yang patut tengok. Oh, saja aku nak kabor, Toy Story 3 yang tahun lepas rilis kat panggung berjaya buat aku menangis macam budak-budak. Teeet! Aku tipu je. Tak main la nanges-nanges. Huh! Hadohh kau!
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post