Kronologi Usaha Graduan dan Mahasiswa Pendidikan Berhubung Isu Penempatan BATCH 2011/2012

Kasihan ramai graduan kpli j-qaf 2011 yang telah menamatkan kursus Jun 2012 masih belum dipostingkan lagi. Kes mereka ini jika dibiarkan berlarutan boleh mengundang padah dan kes mereka akan menjadi seperti graduan-graduan di bawah ini. Motto janji ditepati oleh kerajaan sememangnya omong kosong dan mereka tidak langsung tepati janji. Setelah didesak baru nak amik tindakan..Jom baca kes sebelum ini :

22 Ogos 2011 - Graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( ISMP ) menubuhkan Gabungan Graduan ISMP Malaysia (GGIM) bagi memperjuangkan penempatan guru. 

13 Oktober 2011 - GGIM membuat pertemuan dengan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) berhubung isu kelewatan penempatan guru.


18 Oktober 2011 - PMUKM bersama GGIM membuat kenyataan media di TV3 terhadap penempatan guru lepasan ISMP. 


29 Oktobor 2011 - Penubuhan gerakan mahasiswa atas nama Gabungan Mahasiswa Pendidik Kebangsaan (GMPK). Terdapat wakil dari semua kampus dalam Pra-Konvesyen Pendidikan Kebangsaan. 


2 November 2011 - GMPK dalam mesyuarat wakil kampus (29 Okt 2011) telah sepakat membuat penerangan berhubung isu pendidikan secara serentak bagi semua kampus pada tarikh 2 Nov 2011.


2 November 2011 - Mahasiswa UPSI bersama GGIM telah membuat piket aman dan penyerahan memorandum kepada TNC Penyelidikan dan Inovasi UPSI terhadap tuntutan jaminan penempatan guru. 


29 November 2011 - GMPK membawa tuntutan di parlimen melalui penyerahan memorandum menggesa Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan masalah penempatan guru dengan segera.


2-3 Disember 2011 - Konvesyen Mahasiswa Pendidikan Kebangsaan anjuran GMPK melalui PMUKM dengan kerjasama PENDIDIK UKM bagi membincangkan isu-isu pendidikan secara ilmiah.


4 Disember 2011 - Penyerahan resolusi Konvesyen kepada Dr Puad Zarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran supaya menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan dalam konvensyen.


28 Disember 2011 – GGIM mengadakan pertemuan dengan En Jamal dan En Aswan merangkap Pegawai Khas dan Setiausaha Sulit kepada Dr Puad Zarkashi bagi membincangkan tarikh temuduga graduan ISMP


12/01/11-30/03/11 – Graduan ISMP ditemuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah, gred DG41.


16/01/11-31/03/11 - Jawatan Guru Interim/Sangkut diwujudkan bagi graduan ISMP namun tidak semua graduan mendapat jawatan tersebut


31 Mac 2011 – Kontrak Guru Interim dilanjutkan sehingga Disember 2012 namun tidak semua Guru Interim mendapat lanjutan kontrak.


16 April 2011 – Keputusan temuduga (SPP) jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 bermula bagi opsyen Bahasa Arab, Sains Pertanian, Sejarah, Sains Komputer/Teknologi Maklumat, Ekonomi Rumah Tangga dan Lukisan Kejuruteraan dan sterusnya subjek-subjek lain berperingkat.


17 April 2012- Lawatan Mesra GMPK ke Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan penjelasan daripada pihak KPM berhubung isu mahasiswa dan graduan pendidikan.


18 April 2012- GGIM mengadakan pertemuaan dengan Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Timbalan Menteri Pelajaran bagi mendapat penjelasan berhubung isu kelewatan penempatan graduan ISMP.

( Sepanjang masa : Pihak graduan melakukan perlabagai inisiatif sendiri seperti menulis surat, e-mail, kenyataan media, facebook, twitter kepada KPM, Menteri dan Timbalan Menteri Pelajaran)
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post