Baca INI...
Namun dalam pada itu ada juga kepercayaan orang melayu kita mengatakan pokok ini didiami oleh makhluk yang bernama langsuir tidak mustahil kerana asalnya pokok ini didalam hutan sememang pokok ini tumbuh di diatas pokok-pokok yang besar... jadi mudahlah makhluk itu bertenggek, mengilai dan ketawa. Mungkin disinilah bermulanya pokok ini di sebut "pokok langsuir" kebetulan gamaknya mungkin mereka pernah melihat dan mendengar suara hilaian tawa langsuir tersebut daripada pokok ini. Wa'allahhualam.
Pokok Jari Langsuir
Pokok yang diatas ini masih tergolong pokok langsuir, orang melayu menyebutnya "Jejari Langsuir" memang seram kalau anda mengetahui kisahnya... orang tua-tua dahulu melarang sama sekali pokok ini ditanam dihalaman rumah... hendak pulak kalau dirumah tersebut ada budak kecik memang sah baby tersebut menangis sentiasa. Jadi terserahlah pada diri masing-masing untuk mempercayai atau tidak. Moralnya kalau orang tua-tua dahulu melarang untuk membuat sesuatu ada sebab dan kebenaranya dan kita orang muda di hari ini main redah aje tanpa memikir disebaliknya.