Lepas Tumbangkan Harimau, Singa Nak Baham Garuda

Kuala Lumpur: Selepas membenam cabaran tuan rumah Malaysia dengan kemenangan selesa 3-0 pada perlawanan pertama malam tadi, nafsu Singapura kini makin membara dengan mahu menjadikan Indonesia mangsa seterusnya Rabu ini.

Singapura yang dikuatkan dengan beberapa pemain naturalisasi jelas menguasai perlawanan menentang Malaysia dengan menjaringkan dua gol pada babak pertama menerusi ketua pasukan Shahril Ishak sebelum penyerang veteran, Aleksander Duric menambah derita anak buah Datuk K Rajagobal selepas seminit dimasukkan pada babak kedua. 
Pengendali Singapura, Radojko Avramovic menganggap kemenangan itu memberikan permulaan positif buat barisan didikannya dan kini tumpuan seterusnya ialah persiapan bertemu Indonesia yang sekadar seri 2-2 menentang Laos dalam perlawanan pertama Kumpulan B. 


"Kami bermula dengan nada positif, saya gembira dengan persembahan pemain saya yang kekal fokus sepanjang permainan," katanya yang sudah membimbing Singapura sejak 2003. 

Begitupun, dia mengakui Singapura tidak boleh memandang rendah kemampuan Indonesia yang dijangka akan bangkit dalam perlawanan itu bagi menghidupkan peluang untuk mara.

"Kini kami perlu mengembalikan kecergasan untuk bertemu Indonesia yang mempunyai pemain handal dan turut dikuatkan dengan pemain naturalisasi, kata Avramovic. 
Sumber Bharian
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post