Wednesday, November 7, 2012

Nurul Izzah ambil tindakan mahkamah terhadap Utusan, BH





Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan Berita Harianberhubung isu kebebasan beragama.

Katanya, beliau telah mengarahkan peguamnya mengambil tindakan terhadap akhbar-akhbar tersebut dan kemungkinan beberapa blog yang didakwa memutar belit kenyataannya berhubung isu tersebut.

Menurutnya, peguam Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah akan mewakili beliau dalam hal itu. 

"Saya tidak rela fitnah akidah begini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang demi menegakkan kebenaran dan keadilan," kata Izzah dalam satu kenyataan hari ini.

Izzah sebelum ini, dalam satu forum, dilapor sebagai berkata bahawa tiada paksaan wajar dikenakan dalam beragama.

Kenyataan itu menyebabkan beberapa harian berbahasa Melayu melaporkan beliau menyokong amalan murtad di kalangan orang Islam. 

Susulan kenyataan itu, pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Marzuki Husin dilapor bercadang mengambil tindakan terhadap Nurul Izzah jika ada maklumat cukup tentang perkara itu.

Izzah dalam kenyataan balasnya menggesa JAIS turut sama menyiasat Utusan Malaysia jika JAIS bercadang menyiasatnya.

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ulasannya menyifatkan kesungguhan JAIS menyiasat Nurul Izzah sebagai bersifat politik.

Menurut Anwar, ia juga menggambarkan "tahap ketaksuban beragama" daripada serangan yang diterima Nurul Izzah akibat laporan berita terhadap kenyataan anaknya itu.

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...