Prosedur Perkahwinan Yang Rumit dan Menyusahkan Punca Zina

Dalam kajian yang dilakukan, prosedur perkahwinan dan perceraian yang rumit merupakan punca berlakunya banyak kes-kes zina dan buang bayi. Allah SWT telah menetapkan 5 rukun untuk disempurnakan bagi mengesahkan sesuatu pernikahan iaitu calon suami, calon isteri, wali, dua orang saksi dan ijab kabul. 

Masyarakat Malaysia termasuklah Jabatan Perdana Menteri,Menteri Pembangunan Wanita, NGO wanita, gerakan-gerakan hak asasi wanita serta keluarga masing-masing menambah
sekurang-kurangnya 21 lagi "rukun" untuk dipatuhi sebelum sesuatu nikah itu sah. Ini termasuklah kursus pra perkahwinan, surat kebenaran penghulu mukim, surat kebenaran isteri pertama, sijil kesihatan, restu keluarga, restu ketua jabatan, wang hantaran, kelulusan kepala adat , kelulusan jabatan imigresen dan macam-macam lagi. Mereka inilah yang bakal disoal di akhirat kelak.

Begitu juga dengan prosedur perceraian yang dirumitkan oleh peraturan-peraturan yang kadangkala tidak masuk akal. Buang bayi berpunca dari zina (ketelanjuran) , zina sebab tidak dinikahkan. Kembalilah kepada akar umbi dimana masalah itu bermula bukannya mencantas ranting dan dahan. Jika umbi masih hidup maka cabang serta ranting akan segera tumbuh silih berganti.



Azim : i'm 800% agree with this..orang yang buat peraturan macam ni dengan menambah rukun nikah tu adalah tolol dan bodoh tulen.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post