PASIR MAS – Seorang orang kurang upaya (OKU) di Kampung Bechah berkerusi roda sejauh dua kilometer bagi mendapatkan keperluan harian, sejak 27 tahun lalu.
OKU, Mohd Daud @ Mustafa Ismail, 63, cekal ketika menggunakan kerusi roda selepas ditimpa penyakit lumpuh dari paras pinggang hingga kaki.
Menurutnya, dia yang hidup sebatang kara tidak terlalu memikirkan kesulitan yang dihadapi dan menyifatkannya sebagai dugaan hidup.
“Saya bersyukur kerana tangan masih kuat dan dapat menggunakan kerusi roda ini sekitar kampung.
“Keprihatinan penduduk kampung juga banyak membantu terutama ketika menghadapi kesulitan mendapatkan keperluan makanan harian,” katanya, selepas menghadiri Program Himpunan Kasih Sayang Komuniti 1Malaysia peringkat negeri, di Tendong.
Dalam majlis ini, Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPP), Datuk Makhtar Mustafa turut menyampaikan sumbangan kerusi roda bagi menggantikan kerusi roda yang lama.
Daud berkata, sumbangan itu amat bermakna kerana kerusi roda yang digunakan sebelum ini terlalu usang dan menyukarkan pergerakannya terutama ketika melintas jalan raya.
Sementara itu, Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat berkata, dia berasa kagum apabila melihat kecekalan Daud melayari kehidupan berbekalkan harta yang dimiliki.
“Saya berharap, dia dapat menggunakan kerusi roda baru agar keselamatannya ketika melintas jalan raya untuk mendapatkan keperluan harian lebih terjamin.

“Kecekalan Daud menjadi contoh kepada penduduk lain kerana tekun berusaha demi menjadikan kehidupan lebih bermakna,” katanya, semalam.
Sumber : sinarharian
tabah pakcik ni.. :)
ReplyDelete