Cara Letak Kod HTML Dalam Post atau Entri Blog


Dah lama saya cari tutorial ni sebenarnya iaitu cara nak letak kod HTML dalam post blog, selalu hilang bila dah publish post tu. Ada caranya yang betul untuk publish. Saya ambil dari blog Suterakasihyann. Jom tengok caranya

Faham tak maksud soalan di atas?Maksudnya macam ni, contohlah, ada antara kita yg nak kongsi tutorial yg melibatkan kod HTML dan Javascript di dalam entri. Tapi mesti ada yg hairan kenapa bila dah paste kod HTML atau Javascript masa kat entri tapi tak ter'publish' pun..jadi kosong. Untuk lebih jelas, cuba kamu view LINKni utk try copy kod Javascript yg ada dalam kotak pink tu, kemudian try paste kat entri, lepas tu try preview..kosong kan?

Saya pun dah pernah lalui situasi tu, teruja dah nak kongsi tutorial kat kawan-kawan, tiba-tiba entri yg ada kod HTML/Javascript tu jadi kosong pulak. Bagi saya yg kurang ilmu dlm bidang IT ni, berusaha lah jugak menggoogle untuk menyelesaikan masalah tu huhu..so saya dah jumpa penyelesaiannya, so kena kongsi ilmu..kalau nk curi pun tak apa asalkan boleh spread the ilmu :)

Cara manual untuk menukar atau mengekod kod asal HTML/Javascript atau disebut 'encode' dan 'decode', siapa yg belajar komunikasi, mesti faham istilah tu. Encode maksudnya mengekodkan dan 'decode' maksudnya tidak mengekodkan. faham ke tak?huhu okey kita tengok contoh kat bwh okey, sebelum tu kena klik link INI terlebih dahulu utk guna tools encode decode :)
Decode
untuk lebih jelas, sila klik kedua-dua gambar ni, jgn risau, akan terus direct ke tab sebelah, so tak perlu nak right click k..urmm, gambar 'Decode' ni untuk bagi contoh kod HTML.Javascript yg asal, yg belum diubah kepada kod yg kita mahu..so copy kod yg nak dipaparkan kt entri kemudian, paste kt dalam kotak tu.ok next step:
Encode
lepas dah paste kod tu, tekan butang Encode, tunggu sekejap, lepas tu siaplah kod HTML/Javascript yg kita perlukan tu..so kamu boleh paste kod tu kat entri/post..cuba try preview..dah dapat publish kan?hehe cuba bandingkan kod sebelum dan selepas diencode, ada perbezaan sedikit kan?
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post