Sejarah Awal Lionel Messi Ketika Kecil


Selain membawa Barcelona menjuarai Liga Juara-juara untuk kali keempat, Messi juga mencatatkan diri sebagai 'top scorer' Liga Juara-juara tiga tahun berturut-turut. Ketika ini dia dianggap sebagai salah seorang pemainbolasepak terbaik yang pernah ada dalam sejarah. Berikut adalah fakta unik Messi semasa kecil.

1. Ibu Messi, Celia mengatakan bahawa Messi tidak berminat bermain bola sepak ketika diminta untuk bermain dengan kelab tempatan, Grandoli.

2. Messi seorang anak yang pintar. Ketika belajar di General Las Heras, guru-guru Messi mengatakan bahawa pemain bernombor 10 tersebut sangat meminati matapelajaran matematik. Dia juga tiada masalah mempelajari mata pelajaran lain. Ketika berumur 11 tahun, Messi mendapat markah 10 untuk pelajaran Matematik, bahasa Sepanyol dan IPA.

3. Ketika pertama kali bermain untuk Newell's Old Boy, Messi diletakkan sebagai sweeper oleh jurulatih Gabriel Digerolamo.

4. Messi dikenali sebagai pemain yang sangat rendah hati, tidak pernah mengeluh dan tidak pernah berkelahi. Dia juga pernah ditempatkan sebagai pemain pertahanan oleh pelatih Ernesto Vecchio (Newell's Old Boy).

5. Messi mula melakukan terapi hormon sejak Januari 1998, dia perlu disuntik setiap hari. Pada mulanya rawatan itu dilakukan oleh ibunya, namun lama-kelamaan Messi sendiri yang melakukannya. Hasilnya setiap 3 bulan, Messi terpaksa mengganti seluar dan kasutnya.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post