Menurut pakar petir, Hartono Zainal Abidin, ribut kali ini mungkin lebih merbahaya berbanding pada 2001.
Kata Hartono, ribut tersebut bukan sahaja menjejaskan penduduk Pantai Timur, malah tempiasnya boleh terkena seluruh Semenanjung Malaysia.
Kali terakhir Malaysia dilanda ribut sebegitu pada 2001 di mana ia mengakibatkan tanah runtuh dan banjir lumpur di Gunung Pulai sekali gus mengorbankan 5 nyawa.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi memberi amaran ribut kuat akan melanda bahagian Pantai Timur antara 7 hingga 9 Januari yang membawa bersama angin kencang dan menyebabkan laut bergelora.
Nasihat Ribut Tropika
Di keluarkan pada 06:00PM 07 Januari 2013
Peringkat : Ribut Tropika (SONAMU).
Masa Pencerapan : 5:00 petang, 7 Januari 2013.
Kedudukan : Latitud 6.3 Utara; Longitud 108.3 Timur; kira-kira 534 km ke Tenggara Ho Chi Minh City, Vietnam.
Pergerakan : Perlahan ke arah Selatan-Barat Daya.
Jarak dari Bandar terdekat : Kira-kira 567 km ke Timur Laut Dungun, Terengganu.
Kesan terhadap Malaysia : Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di perairan Laut China Selatan.
Entri akan dikemaskini dari masa ke semasa.
Wassalam, Wa'allahhualam.