Lelaki Tinggi Kurang Risiko Sakit Jantung?

Lelaki Tinggi Kurang Risiko Sakit Jantung?


Ramai gadis-gadis mengimpikan lelaki yang tinggi sebagai teman istimewa di dalam hidup mereka dengan berfikiran lelaki tersebut boleh menjadi ‘perisai’ dan melindungi si gadis dari sebarang ancaman bahaya.

Malah, ada juga pendapat yang mengatakan lelaki tinggi sebelum ini lebih mudah mencari jodoh dan lebih berjaya di dalam kerjaya, kehidupan dan dalam institusi kekeluargaan.

Namun, satu kajian yang disiarkan di America Journal of Cardiology telah mendedahkan, lelaki tinggi juga kurang berisiko menghidapi masalah jantung!

Menurut satu kajian oleh penyelidik di Universiti Harvard, lelaki yang mempunyai ketinggian lebih 1.8 meter adalah 24 peratus kurang berisiko menghidapi masalah jantung berbanding lelaki pendek.

Untuk memastikan kesahihan dakwaan itu, kajian itu telah dilakukan terhadap 22,000 doktor lelaki yang dalam lingkungan usia pertengahan 50-an dan kesihatan ke semua responden dipantau dalam tempoh selama 22 tahun.


Alhamdulillah saya tidaklah terlalu tinggi macam Undertaker dan tidaklah terlalu rendah macam penguin hehehe.

Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post