Sunday, April 7, 2013

Manifesto Lengkap Pakatan Rakyat PRU 13


manifesto pakatan rakyat
1) Manifesto Pakatan Rakyat (Monopoli) :
  • Menghapuskan monopoli termasuklah melakukan perjanjian semula dengan taikun pengeluar tenaga bebas (IPP) dan bubar 1Malaysia Development Bhd. dan menggantikan dengan Suruhanjaya Anti Monopoli.
  • Suruhanjaya Kontrak Awam diwujudkan bagi menilai semula konsesi berat sebelah, tender terbuka, melupuskan pegangan kerajaan dalam GLC.
2) Manifesto Pakatan Rakyat (Projek) :
  • Mengkaji semula perancangan untuk penabaikan projek penapisan petroleum di Pengerang, Johor
  • Mengkaji semula deretan projek empangan di Sarawak ketika ini
3) Manifesto Pakatan Rakyat (Alam Sekitar) :
  • Mengkaji semula undang-undang alam sekitar termasuklah undang-undang pembalakan
  • Menghentikan segera projek kontroversi nadir bumi Lynas di Gebeng Pahang
4) Manifesto Pakatan Rakyat (Pendidikan, Kerja Kosong, Kemahiran, Perniagaan & Pendapatan) :
  • Mewujudkan 1 juta peluang kerja kosong untuk rakyat Malaysia dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat-peringkat
  • Memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan.
  • Melatih 1 juta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran.
  • Membina 5 universiti dab 25 sekolah vokasional
  • Tabung inovasi IKS RM500 juta
  • Skim gaji baru & perkhidmatan baru penjawat awam akan diperkenalkan yang lebih adil dan saksama
  • Memberi permit terus kepada pemandu teksi
5) Manifesto Pakatan Rakyat (Cukai)
  • Menyelaras cukai rakyat di mana kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.
  • Meningkatkan pengecualian cukai pendapatan kepada RM4,000berbanding RM2,500 yang dilaksanakan pada ketika ini
6) Manifesto Pakatan Rakyat (Tentera) :
  • Memperuntukkan RM500 juta untuk Tabung Usahawan Kecil Prajurit, kenaikan caruman LTAT dari 15% ke 20%, dividen RM2000 setahun kepada bekas prajurit tidak berpencen.Manifesto Pakatan Rakyat (pemandu teksi) :
8) Manifesto Pakatan Rakyat (Pengangkutan) :
  • Pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya
  • menambah bilangan bas yang sedia ada
  • merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.
9) Manifesto Pakatan Rakyat (Perubatan) :
  • Menolak cukai kesihatan seperti yang dicadangkan melalui 1Care
10) Manifesto Pakatan Rakyat (Lain-lain) :
  • Memansuhkan AUKU & Kebebasan Akademik
Apa pandangan anda dengan Manifesto Pakatan Rakyat sempena Pilihanraya Umum ke 13 kali ini?

No comments:

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...