Senyum Ubat Awet Muda Semulajadi


Senyum Mampu Buat Wajah Awet Muda

Fakta Kajian - Senyum Mampu Buat Wajah Awet Muda | Satu kajian di Jerman mendedahkan bahawa ekspresi wajah mempunyai kesan besar yang membuat anda kelihatan tua. Oleh itu, dengan senyum akan membuat penampilan anda lebih muda. Penyelidik Jerman bertanya lebih dari 150 wanita dan lelaki dari pelbagai usia untuk meneka usia orang lain dengan memperlihatkan imej dari 171 wajah, termasuk wajah anak muda, lelaki separuh baya, dan orang lanjut usia.

Dalam beberapa gambar, kelihatan wajah tersenyum. Di sisi lain, mereka tampak marah, takut, jijik, sedih hingga hanya menunjukkan ekspresi wajah neutral.

Menurut kajian, ternyata banyak peserta dalam kajian ini lebih cenderung meremehkan usia seseorang, ketika foto memperlihatkan wajah tersenyum. Lantas apa hubungannya antara senyum dan kesan umur? Penyelidik menjelaskan bahawa orang dengan ekspresi raut muka senang menjadi menarik dengan cara lain termasuk kelihatan lebih muda mereka dari usia sebenarnya.

Kerutan sementara yang dibuat oleh senyum ternyata membuat sukar untuk mengadar usia seseorang, sehingga sukar bagi seseorang untuk meneka usia orang lain yang sebenarnya. Senyuman juga membantu melembutkan garis dan kerutan di dahi. Jadi, tampilkan diri anda dengan senyuman setiap hari. Kita sudah tentu beruntung kerana hanya dengan sedikit senyuman, kita akan kelihatan lebih muda.
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post