Membaca Kisah Kartunis Ujang...




Saya minat giler ngan kartun Ujang ni dari dulu sampai sekarang. Dari zaman Gila-Gila ke Majalah Ujang versi yang ada Ujang yang tulen (bukan Ujang versi yang telah diambil alih oleh YB UMNO Md Othman Yusof tuh, tak best sangat lemau je aku baca). 

"SELAGI saya masih mampu memegang pen untuk melukis, selagi itulah saya akan meneruskan minat saya dalam dunia kartun," begitulah pendirian yang ditegaskan Ujang.

Ujang, atau nama sebenarnya Ibrahim Anon, merupakan salah seorang kartunis Malaysia yang sangat popular dan mempunyai pengaruh yang kuat. Dilahirkan di Kampung Juaseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 18 Oktober 1965, beliau menggunakan nama Ujang atas cadangan Jaafar Taib. Ini kerana beliau berasal dari Negeri Sembilan dan nama panggilan tersebut mem
ang sinonim dengan negeri itu.

Hikayat Ujang Senang
Dari zaman persekolahan lagi, Ujang sudah minat melukis kartun. Namun bimbingan yang beliau perolehi dalam bidang seni lukis hanyalah ketika di sekolah menengah s
ahaja.

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1982, Ujang memberanikan diri mengorak langkah ke Kuala Lumpur dengan cita-cita untuk menjadi kartunis. Di tangannya karya setebal 24 mu
ka surat berjudul Hikayat Ujang Senang - karakter yang sudah ada di kepalanya ketika di bangku sekolah lagi.Untuk menampung sara hidupnya ketika itu, Ujang bekerja di sebuah kilang roti dengan gaji sebanyak RM100.

Ketika bertemu dengan Jaafar Taib, Pengarah Urusan Creative Enterprise Sdn Bhd (CESB) - ketika itu berpejabat di Jalan Pantai Baru - beliau menasihati Ujang untuk bermula dengan kartun satu petak dahulu. Jaafar juga menyatakan kesanggupannya untuk melatih Ujang. Pada masa yang sama, Jaafar turut mencadangkan penggunaan nama Ujang, meskipun Ujang lebih berminat menggunakan byline Ayem

Kartun coretan Ujang akhirnya disiarkan buat pertama kali di majalah Gila-Gila bilangan 130, keluaran 1 Februari 1984. Manakala karya beliau, Hikayat Ujang Senang, telah diperbaiki semula sebelum disiarkan pada tahun 1985. Sejak itu nama beliau mula melekat di hati pembaca majalah Gila-Gila dan diletakkan sebaris bersama kartunis-kartunis popular majalah tersebut seperti Don, Kerengge, Tazidi, Fatah mahupun Zainal Buang Hussein.

Ujang bersama majalah Gila-Gila - ataupun lebih tepat lagi bersama CESB - sehingga tahun 1993.


Selepas keluar dari CESB, Ujang menyertai Kharisma Groups sebagai pengurus Kharisma Publications dan menghasilkan majalah yang namanya juga Ujang dengan motto Majalah Lawak Antarabangsa. Di Kharisma, karakter Usop Sontorian ciptaan Ujang telah dijadikan animasi, yang kemudiannya telah diiktiraf seb
agai filem animasi tempatan yang pertama.

Majalah Ujang kemudiannya dilihat memasuki fasa baru dengan menyuntik unsur-unsur Islamik ke dalam karya-karya yang d
isiarkan.

Penghujung tahun 1997, Ujang meninggalkan Kharisma - secara tidak langsung majalah Ujang terhenti operasinya - dan menubuhkan syarikatnya sendiri, Multi Triple Vision Sdn Bhd. Di bawah bumbung syarikat ini, Ujang menerbitkan majalah Varia Lawak dengan mengumpul sebahagian besar kartunis-kartunis dari majalah Ujang bersama karya-karya mereka. Bersama Varia Lawak, Ujang masih mengekalkan kartun-kartun yang berunsur Islamik.

Namun begitu, operasi majalah Varia Lawak kemu
diannya tergugat dengan kemunculan semula majalahUjang yang diterbitkan di bawah penerbitan MOY Publication, syarikat kepunyaan Datuk Md Othman Yusof, salah seorang pemegang saham dalam Kharisma. Dengan munculnya kembali majalah Ujang, semua karya kartun yang berasal dari majalah tersebut serta karakter seperti Din Beramboi, Pakcik Dindan Usop Sontorian tidak dapat lagi beraksi di Varia Lawak, kerana hakciptanya terpelihara di bawah MOY Publication. Tindakan mahkamah mungkin diambil ke atas Ujang dan penerbitannya jika beliau terus menggunakan karakter-karakter tersebut.

Ujang kemudiannya menukarkan nama majalah V
aria Lawak kepada Lanun. Di samping itu beliau turut menerbitkan Buletin Lubuk, majalah khusus untuk mereka yang gemar memancing. Namun begitu, kedua-duanya tidak kekal lama dan terpaksa berakhir di penghujung tahun 2000.

Dua tahun kemudian, Ujang muncul kembali dengan majalah Ujang Budak Minang, tetapi untuk satu keluaran sahaja. Lahirnya m
ajalah Malim Pelita terbitan Arena 2000 Sdn Bhd selepas itu bagai menyambung semula karier Ujang dalam dunia kartun. Sayangnya, ia juga hanya dapat bertahan untuk beberapa keluaran sahaja.

Apabila Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd menerbitk
an majalah G3, mereka telah menjemput Ujang sebagai kartunis tamu. Namun begitu, karya Ujang hanya dapat ditatapi untuk beberapa keluaran sahaja.

Pertemuan dengan Jaafar Taib pada tahun 2004 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) membuka jalan untuk Ujang kembali semula ke majalah Gila-Gila. Beliau bukan sahaja diminta berkarya kembali di majalah tersebut, malah diminta mengendalikan unit promosi dan acara untuk CESB.

Jaafar Taib
Sebutlah apa saja - sifu, mentor, guru - Jaafar Taib merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Ujang ke d
unia kartun. Jaafar Taiblah yang menunjuk ajar Ujang teknik melakar dan mewarna yang betul. Malah Jaafar Taiblah yang mencadangkan beliau menggunakan nama Ujang.

Keikhlasan dan keyakinan Jaafar Taib terhadap beliau membuatkan Ujang rasa terharu. Setelah lama meninggalkan majalah Gila-Gila, Jaafar memanggil semula Ujang untuk berkarya di majalah tersebut. Malah beliau diminta menerajui unit promosi dan acara CESB.

"Ketika saya belum punya nama dan cuma berbe
kalkan bakat melukis, Jaafar Taib membawa saya ke Gila-Gila dan kini sekali lagi peluang itu dihulurkan meskipun saya sudah tidak punya apa-apa," begitulah kata Ujang. 

Ujang dan Din Beramboi

Buat pertama kalinya Ujang mengenali ‘Din Beramboi’ ialah melalui kaset tentang temubual beberapa orang pelajar dengan seorang pakcik yang kurang waras dan cuma dikenali sebagai Din 
Beramboi. Ketika itu Ujang sedang menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.
Kaset tersebut sebenarnya telahpun tersebar ke 
merata tempat tetapi hanyalah dalam jumlah yang sangat sedikit. Terhibur dengan watak di dalam kaset tersebut, memberi idea kepada Ujang untuk mencipta satu karakter dengan nama Din Beramboi.

Ujang telahpun menggembar-gemburkan karakter Din Beramboi tersebut di majalah Gila-Gila sebelum ia benar-benar popular bersama majalah Ujang. Apatah lagi ia menjadi maskot rasmi majalah tersebut dari keluaran pertama lagi.

Populariti Din Beramboi menjadikan ia rebutan, bila mana ada yang mendakwa dialah yang mencipta karakter Din Beramboi itu, malah dialah sebenarnya Din Beramboi tersebut! Bila kes ini dibawa ke mahka
mah, kemenangan tidak memihak kepada Ujang, apatah lagi bila karakter tersebut tidak pernah pun dipatenkan.

Mungkin nama ‘Din Beramboi’ bukan milik Ujang, tetapi karakter yang dilukis jelas kepunyaannya. Atas sebab itu, Ujang menukarkan maskot Din Beramboi kepada Pakcik Din yang lebih waras dan tidak gila-gila.

Aku Budak Minang
Di peringkat awal bersama Gila-Gila, Ujang banyak mengadaptasikan filem-filem Melayu menjadi karya kartunnya, seperti Si Tenggang dan Penarik Beca. Beliau turut menghasilkan cerita-cerita pendek yang me
mikat hati pembaca.
Gaya karya beliau ketika itu agak loose tetapi menghiburkan.

Manakala karya-karya beliau yang popular seperti Aku Budak Minang, Jibam dan Intelligent Blues Clubbanyak menyentuh tentang diri beliau sendiri, kehidupan beliau secara langsung dan tidak langsung. Malah
watak Ujang itu sendiri mewakili diri beliau yang membesar sebagai anak Minang.
Kebanyakan jalan cerita yang dihasilkan Ujang datang dari pengalaman beliau sendiri - seorang budak kampung yang nakal, suka berjenaka, membesar dalam suasana kampung dan mengalami kejutan budaya bila hidup di kota. 

I.B.C.
Dalam bidang kartun yang diceburi, Ujang menyertai banyak pameran sama ada untuk promosi ataupun sebagainya. Beliau turut terlibat dalam program lukisan kartun terpanjang sejak dari mula lagi pada tahun 1991 di Dataran Merdeka, 1992, 1998 dan 2005.

Beliau banyak kali juga dijemput untuk menjayakan rancangan-rancangan televisyen sebagai tetamu jemputan, dialog dan sebagainya. 

Koleksi karya Ujang pernah menjadi yang terlaris suatu masa dahulu sehingga mengatasi penjualan buku-buku karya Lat.

Persatuan Penggi
at Komik Malaysia (PeKOMIK) menganugerahkan Anugerah Kartun Satu Muka Terbaik kepada beliau bagi karyanya yang berjudul Atuk semasa Pekomikon dan Anugerah PeKOMIK 2009 pada 25 April 2009 di Dewan Kedah/Johor, PWTC. 

Ujang dan lain-lain

Selain bolasepak, Ujang gemar memancing - hobi beliau yang melahirkan majalah Buletin Lubuk.
Kini beliau memiliki empat orang anak hasil perkahwinannya dengan Zaihah Abdul Rahman.

Pada tahun 1987, Ujang pernah melanjutkan pelajarannya di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Ketika itu beliau telahpun bersama dengan CESB.
Ujang juga pernah menghasilkan komik untuk Penerbitan Bayan yang dimiliki oleh Zainal Buang Hussein.
Ujang juga pernah muncul dalam filem dan dram
sitcom, antaranya Yes Tuan, Poyo dan Camni Camtu.

Menyentuh tentang dunia kartun di Malaysia, Ujang berpendapat dunia kartu
n Malaysia sekarang sudah kehilangan wajah. Menurut beliau, dari banyak perbincangan yang beliau sertai di laman-laman sesawang, memperlihatkan dunia kartun tempatan sudah kehilangan arah dan hala tuju. Namun begitu, beliau tidak menyalahkan pengaruh-pengaruh yang datang dari luar.

Dalam hidup ini, menurut Ujang, beliau tidak mempunyai prinsip tertentu. Senang cakap, buat kerja dan melukis.


Ujang berharap beliau dapat membantu generasi muda yang mempunyai minat dalam dunia kartun dan memastikan mereka meneruskan kesinambungan yang telah ada. Beliau juga mahu memastikan bidang kartun ini tidak terpinggir atau dipinggirkan.

“Saya menyeru diri saya sendiri, rakan-rakan pelukis dan kartunis sekalian, marilah kita bersama-sama membangkitkan semula karya -karya beridentitikan Malaysia dan berwajah kita sendiri s
upaya anak cucu kita tidak keliru suatu hari nanti apabila membaca karya-karya peninggalan kita dan berkata: “Pelukis dan kartunis Malaysia era tahun dua ribu dulu kebanyakannya berasal dari Jepun dan Hong Kong!” begitu kata Ujang.

Aku Budak Minang karya Ujang.

Salah satu karya Ujang untuk cover majalah Gila-Gila.

BIBLIOGRAFI 
Ujang
 
Aku Budak Minang
 
Atuk
 
I.B.C. - Intelligent Blues Club
 
Jibam
 
Cinta Terakhir
 
Fiona
 

ANTARA KARYA TERBAIK DAN MENARIK
 
Aku Budak Minang
 
Atuk
 
Jibam
 
Aca
 
Intelligent Blues Club (IBC)

UJANG ADA DI SINI
Lubuk
The Derhaka Student
Ujang Online
Jibam


Sumber : http://darialmarikartun.blogspot.com/2009/12/ujang.html
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post