RIP Hero - Kucing Yang Dipotong Kaki Kerana Mencuri Ikan



"Terima kasih, Papa"

Mungkin itulah yang boleh kita bayangkan dengan melihat gambar ini. 

Daripada mula ia dijumpai dengan keadaan yang menyedihkan, dipotong kedua belah kakinya 8 tahun dahulu hanya kerana mencuri ikan di restoran. Namun, sengsaranya dibela oleh seorang hamba Allah yang bernama Mohd Hairey (Papa Hero), dengan merawatnya sehingga sembuh, membesarkan dengan penuh kasih sayang, serta menjadikan ia semangat untuk terus membela nasib kucing-kucing terbiar diluar sana.

Sehinggala baru-baru ini Hero di sahkan menghidapi "Leukemia". Dan ia telah pergi selamanya (24.11.2013) meninggalkan kita dengan seribu satu Kenangan Terindah terutama buat keluarga Papa Hero....

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu
Darimu…
Kutemukan hidupku
Bagiku…
Kau lah cinta sejati

Bagiku engkau lah cinta sejati

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan ku jadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku

Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah....

Sebagai penjaga yang terlalu menyayangi kucing istimewa ini, ayat dibawah pernah diluahkan.....

8 May 2012,
"Kepada kucing yang kusayangi yang bernama Hero, ayah tak tahu nak luahkan setinggi mana sayang ayah kat Iyo...Iyo banyak mengajar erti hidup kepada ayah dan kawan-kawan ayah...Walaupun dihina dan dicaci, Iyo tetap tabah....Ayah sendiri pun tidak setabah Iyo...Ayah sentiasa berdoa agar Hero dipanjangkan umur, kerana ayah rasa ayah seakan tidak mampu nak menghadapi 'saat itu'..."



Hari ini Papa Hero diuji dengan pemergian "anak" kesayangannya. Hero. Kuatkan semangat atas kehilangannya dan teruskanla untuk membela nasib kucing-kucing terbiar di luar sana, Papa Hero.




Jenazah hero dalam pelukan terakhir  kepada hero...


Terima kasih kerana membela nasib kucing sepertinya dan harap bersabar di atas kehilangan satu satunya "Hero" yang tabah dalam meneruskan kehidupannya.

Sumber : FB Dunia Kucing
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

2 Comments

  1. sedih sgt bila dpt tau Iyo dah takde.
    kat umah CiM ni ada 5 ekor kucing, mcm2 ragam. klaulaa merrka tau Iyo dah takde, msti diorg sedih jugak

    ReplyDelete
Previous Post Next Post