Thursday, February 20, 2014

Cara Mudah Bunuh Nyamuk

Terjumpa benda ni di FB, tak pasti betul atau tidak, boleh cuba. 

Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.

Bahan-bahan :

• 200 ml air
• 50 gram gula merah
• 1 gram ragi
• botol plastik saiz besar

Langkah-langkah:

1. Potong botol plastik ditengah-tengah. Simpan bahagian atas/mulut botol.
2. Campur gula merah dengan air panas. Biarkan hingga sejuk kemudian tuangkan ke dalam potongan bawah botol.
3. Masukkan ragi. Tidak perlu dikacau. Tujuannya untuk menghasilkan karbon-dioksida.
4. Masukkan potongan botol bagian atas sebelum ini dengan posisi terbalik seperti corong.
5. Lilit keliling botol dengan tape hitam atau kain, bukan di bahagian atas botol dan letakkan di bahagian sudut rumah.

Dalam dua minggu, anda akan melihat sejumlah besar nyamuk yang mati di dalam botol.

Selamat mencuba.


1 comment:

Muhammad Khairuddin Lim said...

terbaik...klik tabung MD anda.

Santai Azim Aris

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...