PERLAWANAN antara Johor Darul Takzim (JDT) dan T-Team di separuh masa kedua Piala FA di Stadium Larkin terpaksa dihentikan ekoran pasukan T-Team memboikot perlawanan dan pulang awal.
Punca ketidakpuasan hati pasukan T-Team masih tidak dapat dipastikan lagi.
Bagaimanapun difahamkan ketidakpuasan hati pasukan T-Team berpunca setelah berlaku sedikit pertelingkahan melibatkan jurulatih JDT dan pegawai dari T-Team ketika menuju ke bilik persalinan.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) juga cuba menenangkan keadaan, namun pasukan T-Team tetap enggan meneruskan perlawanan.
Dalam perlawanan itu, JDT tengah mendahului 2-1 di separuh masa pertama.
Sementara itu, juara Piala Malaysia, Pahang melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menumbangkan wakil Singapura, LionsXII 2-1 dalam perlawanan pusingan kedua di Stadium Jalan Besar.
Mohd Hafiz Kamal membuka jaringan Tok Gajah pada minit ke-51, sebelum Azidan Sarudin menggandakan kedudukan 2-0, empat minit kemudian.
Gol tunggal tuan rumah pula dijaringkan oleh Safuwan Baharudin, empat minit sebelum tamat permainan.
Pahang kini akan berdepan pemenang di antara PBAPP dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan berentap di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang Selasa depan.

Sumber Sinar Harian
wah ...best.
ReplyDeletetak pasti apa kisah sebenar.....
ReplyDelete