Tengku Abdullah Presiden FAM Baru


Tengku Abdullah Presiden FAM baru
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dipilih Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang baharu selepas peroleh 27 daripada 39 undi, tewaskan Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam saingan dua penjuru, hari ini.
Awal pagi tadi, Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mengumumkan baginda menarik diri daripada bertanding mempertahankan jawatan Presiden FAM selepas memegang jawatan itu selama 30 tahun sejak 1984.
Pengumuman itu dibuat Sultan Ahmad Shah pada ucapan pembukaan kongres ke-50 di Hotel Holiday Inn, Glenmarie, Shah Alam.
Dengan itu, saingan rebut jawatan Presiden kini antara Timbalan Presiden FAM Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Presiden PBNJ Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Sumber : sokernet.com
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post