Buah Yang Semakin Sukar Dijumpai

Sebenarnya buah-buahan tersebut mempunyai khasiat untuk kesihatan yang tinggi dan diamalkan orang-orang terdahulu. Mungkin sekarang kita lebih di dedahkan dengan buah-buah import yang kononnya lebih sedap dan berkhasiat menyebabkan pokok-pokok buah tersebut hilang dan tiada yang tanam. Kalau ada-ada buah lain yang anda rasa sukar untuk di jumpai boleh kongsi-kongsi di ruangan komen di bawah.

Buah Keranda @ ghanda (Gardenia carinata)




Buah ini ada banyak di Subang Bistari sebagai pokok hiasan tepi jalan tapi orang disitu ramai tidak tahu buah tersebut boleh dimakan. Pokok ini memang sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan kerana pokok ini mengeluarkan bunga berwarna kuning yang cantik.

Buah Rambai (Baccaurea motleyana)



Rasa buah ini ada masam dan ada yang manis tetapi amat berkhasiat. Pokok rambai yang mempunyai kulit boleh di ambil kemudian ditumbuk lumat dan cecairnya akan diperolehi dengan memerahnya. Katanya cecair tersebut sangat baik untuk dijadikan ubat mata atau mata yang merah.  Kulit pokok rambai juga boleh di jadikan losen dan ianya didakwa sangat mujarab untuk menyembuhkan banyak jenis sakit kulit seperti panau, kurap, ulat air dan sebagainya.

Seperkara lagi mengenai kulit pokok rambai adalah ianya dijadikan sebagai satu ramuan rempah-ratus dan ianya direbus untuk diminum oleh ibu-ibu yang bersalin. Kesanya dapat menyihatkan ibu tersebut.  Rambai memang diketahui banyak mengandungi Vitamin C yang tinggi selain dari mengandungi serabut, gula, protin dan air.

Buah Namnam @ Buah Katak Puru (Cynometra cauliflora)



Buah namnam ni rasanya masam manis tidak seperti buah mangga juga dan tidak pula macam buah nona tetapi sangat sesuai sangat untuk orang mengidam. Khasiat buah ini adalah untuk merawat kencing manis, darah tinggi dan batu karang.

Buah Keranji (Dialium indum)



Buah yang agak di kenali dan boleh di dapatai dengan mudah di sempadan Malaysia-Thailand kerana masih ada di jual di sana dalam bentuk buah segar atau asam gula. Khasiatnya bagus untuk mengurangkan kolestrol di dalam darah dengan mengamalkannya 3 bijik sehari.

Buah Cermai ( Phyllanthus acidus)




Buah cermai adalah sejenis buah yang berbuah di batang yang selalu di kutip dan dijadikan Jeruk dan Halwa. Buah di rebus dulu kemudian di masukkan sedikit garam atau gula sebagai bahan perasa. Ada juga buah yang dikeluarkan bijinya dan di jadikan perasa minuman yang sedap. Buah cermai juga boleh di makan segar dengan di cecah dengan garam untuk mengurangkan kemasaman.

Kandungan nutrien dalam cermai boleh digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki saliran darah. Ada kajian dijalankan pada daun cermai yang digunakan sebagai ubat untuk penyakit Gonorrhrea. Kajian di negara kita oleh nenek moyang mendapati, akar pokok cermai yang direbus dengan air berish dan diminum akan dapat mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga dapat mengubati Lelah (Asthma). Kulit pokok cermai yang mengandungi asid tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun yang berkesan

Buah Kote Mamak (Samanea Saman)



Mungkin namanya agak lucah tapi buah ini sebenarnya isinya boleh dimakan dan sangat sedap apa lagi jika dimakan bersama kelapa parut. Terdapat kandungan cecair pekat seperti madu yang rasanya manis maung menyaluti bijinya yang bagi sesetengah orang mengambilnya untuk dicampur dengan susu untuk minuman.

Buah ni masa mudanya hijau, bila masak berwarna hitam. Buah ini kahsiat utamanya boleh mengubat kencing manis dan darah tinggi dengan merebus bijinya dan di minum. Ada yang percaya mintak buah ini boleh di jadikan minyak urut untuk menguatkan batin lelaki.

Selain itu buah ini dikatakan boleh membantu melegakan penyakit anemia serta menambah zat besi dalam darah. Cecair antiseptik boleh diperolehi daripada akar dan daunnya manakala bunganya banyak digunakan dalam perubatan tradisional

Buah Nona (Annona squamosa)




Buah yang manis dan sedap, isinya seolah-olah seperti isi durian belanda. Buah ini boleh di dapati sepanjang tahun tidak mngikut musim. Kajian mengenai khasiat permakanan pula mendapati bahawa buah ini setanding dengan buah epal juga mempunyai banyak bahan berkhasiat seperti protein, vitamin C, Kalsium dan Fosforus. Khasiat yang dinyatakan dalam beberapa rujukkan mendapati bahawa buah nona mengandungi bahan-bahan penting dalam menghasilkan sel darah merah (erytrocyte) dimana  ianya membina tulang dan gigi yang kuat serta membantu pertumbuhan kanak-kanak. Daunnya pokok buah nona juga berguna dimana ianya boleh dijadikan penawar bagi merawat bengkak bernanah, merawat luka daripada dikerumuni lalat, rawatan penyakit cirit-birit dan masaalah radang usus (najis berdarah).

Buah Bachang @ Machang (Mangifera foetida Lour)




Bacang adalah pokok yang tumbuh meliar di hutan dan ada yang ditanam sekitar rumah di kawasan kampung. Pokok ini yang mempunyai batang lurus mampu mencapai ketinggian sehingga 35 meter. Bacang berbuah mengikut musim iaitu sekali dalam setahun. Buah bacang biasanya dimakan segar setelah buah masak. Buah bacang yang telah masak masak berbau harum dan akan gugur dari tangkainya. Buah bacang juga digunakan sebagai bahan utama dalam sambal dan kerabu.

Buah bacang yang masih muda mengandungi bahan toksik dan boleh menyebabkan bibir, mulut, lidah dan kerongkong gatal atau lecur kalau dimakan mentah. Getahnya akan menyebabkan kegatalan jika terkena pada kulit. Getah yang terdapat pada daun, kulit dan pokok bacang juga mengandungi toksik yang memberi kesan sampingan kepada kulit sensitif.

Buah kerkuk@ kerukup(Flacourtia jangomas )




Buah ini seakan-akan sama dengan buah rokam. Tapi bukan bukan rokam.
Sekarang ni dah susah nak jumpa dah pokok kekuk ni. Masa kecik-kecik dulu, selalu panjat pokok kekuk walaupun pokoknya berduri

Sebelum makan, kena gentel-gentel dulu sampai lembik. Kalau tidak, rasa nya kelat. Kalau dah lembik baru lah manis.Khasiat buah ini air rebusannya boleh mengubati masalah hempedu dan hati. Juga menjadi ubat untuk sakit kepala, mual dan makanan tak hadam

Buah Kemunting (Rhodomyrtus tomentosa)



Kemunting menghasilkan buah berbentuk beri yang bujur yang dimakan mentah atau boleh dibuat jem, jeli atau jus. Isi buah yang manis ini memang sedap dimakan. Buah yang masih mentah lazimnya rasanya Kelat dan pengalaman penulis mendapati pokok yamg ditanam akan menghasilkan buah manis berbanding dengan pokok yang tumbuh liar. Pokok kemunting juga mengandungi tar kayu yang digunakan sebagai pewarna hitam iaitu tujuan komestik untuk menghitamkan bulu kening dan juga mencuci gigi

Dari segi khasiat perubatan, tumbuhan ini sangat berguna membantu dalam kesihatan badan. Air rebusan kemunting yang masak diminum akan merawat cirit birit dan juga disenteri.  Di percayai juga buah kemunting yang dimakan segar baik sebagai tonik penghadaman. Daun kemunting pula boleh digunakan sebagai ubat pupuk untuk luka dan menghentikan pendarahan kemdian mampu menyembuhkan luka-luka.  Air rebusan daun yang diminum juga mampu menyembuhkan demam panas , melegakan sakit dan juga membantu dalam membersihkan tubuh badan kita.

Buah Jambu Jol (Eugenia malaccensis)



Buahnya kehijauan putih ketika muda akan bertukar merah tua, merah campur putih dengan isinya berwarna putih dan lembut serta 'spongy'. Rasanya manis masam ketika muda dan manis ketika cukup masak. Bijinya agak besar yang berbentuk bulat  terdapat ditengah-tengah buah berwarna coklat keputihan dan mudah tumbuh jika disemai.  Pokok yang ditanam dari biji berbunga dan berbuah selepas 5-7 tahun ditanam tetapi jika ditanam dari benih tampang berbuah lebih cepat iaitu selepas 3 tahun ditanam

Jambu Bol mengandungi vitamin A serta tanin yang bertindak mengecutkan tisu dan protin pada kulit dan lendir.  Buah jambu bol dimakan segar mentah atau di cecah dengan garam atu asam boi untuk menambahkan kelazatannya. 

Ada yang buat rojak petis dan diproses jadi halwa, jem, jus atau jem buah jambu bol. Khasiat buah jambu bol yang direbus dan diminum airnya baik untuk rawatan demam panas.  Akar poko jambu bol yang dicampur dengan bahan lain dipupuk pada kulit untuk kulit yang gatal-gatal. Daun yang di hancurkan dan dijadikan bahan mandian baik untuk demam panas.  Air rebusan daun dan akar diminum mempu melawaskan buang air kecil.  Kalau suka ambil daun jambu bol dan keringkan, dihancurkan menjadi serbau dan baik untuk ditabur atau disapu pada lidah yang retak.  Kegunaan kulit jambu bol yang paling unik adalah dengan merebus kulitnya digunakan sebagai pencuci mulit bagi rawatan penyakit seriawan.


kacang tanduk




Sejenis pokok yang tumbuh di dalam air seperti pokok telipuk dengan terpung dan akar berjurai kebawah. Buah kacang tanduk ini berbentuk seperti kepala kerbau dan tumbuh di dalam air. Hampir sama konsep buah kacang tersebut keluar cuma di dalam tempat yang berbeza. Kacang tanah mengeluarkan buah kacang dalam tanah di akar-akarnya tetapi buah kacang tanduk mengeluarkan buah di dalam air di akar-akarnya. Rasa buah kacang ini amat sedap dan berlemak. Boleh di makan segar atau di rebus.

Khasiat tidak di ketahui

Buah Jentik (Baccaurea polyneura)



Buah yang unik untuk di makan kerana apabila hendak makan ada perlu menjetik buah tersebut dan kulitnya akan terkeluar.

Buah Remia@ghemia(Bouea macrophylla)



Buah ini adalah satu spesis dengan buah kundang cuma bezanya adalah dar segi bentuk di mana buah remia adalah bulat manakala buah kundang berbentuk bujur.

Khasiatnya  daun remia untuk mengurangkan sakit kepala. Daunnya ditumbuk lumat dan ditampal pada kepala. Cecair yang diperah daripada daun remia yang sudah ditumbuk lumat sesuai digunakan sebagai pencuci mulut dan kerongkong

Buah Keriang Dot



Pokok keriang dot hanya berbuah sekali dalam setahun sekitar bulan April hingga Mei dan buahnya akan bertukar menjadi warna hitam apabila benar-benar masak serta meninggalkan kesan berwarna hitam pada lidah apabila dimakan.

Dari segi khasiat perubatan, ia membantu mengurangkan kadar gula dalam darah  bagi pesakit kencing manis. Selain itu, biji buah keriang dot juga boleh dikeringkan, ditumbuk dan dibancuh dengan air panas untuk diminum.

Buah Terajang @ Rambutan Pacat



Buah ini hampir sama dengan buah keriang tetpi rasanya manis kelat sangat dan susah untuk di dapati sekarang

Khasiat tidak di kenal pasti

Buah Tampoi (Baccaurea microcarpa)



 Isinya yang bewarna putih itu mempunyai rasa yang  sedikit masam. Bagi masyarakat Orang Asli pula  ia boleh dijadikan minuman keras.

Khasiat tidak di kenal pasti

Buah Mata Itik




Rasanya lemak-lemak dan tak pahit memang sedap di buat ulam. Bila pokok matang ia mengeluarkan buah yang berwarna merah. Saya pernah cuba makan dan rasanya manis-manis kelat

khasiat pokok ini adalah untuk merawat cirit birit, batuk, sakit dada dan demam panas. Daunnya juga boleh dijadikan teh yang berkhasiat.


Buah Melaka (Phyllanthus emblica)



Buah melaka berukuran 2 - 3 cm panjang dan hampir tidak bertangkai. Bentuknya seperti buah 'cherry' iaitu hampir bulat, agak dempak (masuk kedalam) di hujung dan pangkalnya

Ia mengandungi pelbagai anti-oksidan yang sangat bertenaga (powerful antioxidants), pelbagai mineral, polyphenol, tannin, bioflavonoid, asid amino dan phytonutrient. Kombinasi bahan-bahan ini penuh bertenaga untuk memusnahkan 'radikal bebas' yang merosakkan daya tahan badan. ia juga dapat mengurangkan 'cellular oxidative stress' yang menjadi punca dan penggalak kepada pelbagai masalah kesihatan lanjutan. Bioflavonoid mampu mengurangkan keradangan (inflammation) dan merangsang peremajaan sel (cell rejuvenation).

Buah ini juga merupakan sumber vitamin C yang paling kaya mengatasi semua sumber semulajadi yang lain serta mempunyai nilai yang jauh lebih tinggi daripada semua jenis vitamin C sintetik. Gabungan khasiat ini merupakan spektrum unik bagi kualiti anti-oksidan buah ini dengan tambahan ciri-ciri istimewa awet muda (rejuvenasi) dan anti penuaan.

Sumber : siakapkeli
Azim Aris

Setiap orang ada pendapat tersendiri. Apa pula pendapat anda? Kongsikan artikel ini untuk manfaat serta layari juga blog utama saya : CIKGUZIM

Post a Comment

Previous Post Next Post